Monday, 22 June 2015

Siti Aishah Haji Bakri

Ahaaa...tiba2 aja kan letak nama Siti Aishah Haji Bakri. Macam adik beradik betul pulak. Walhal tak berkait pun. Kait saudara seIslam sahaja.

Tapi nama ni aku memang ingat sebab selalu aku dengar masa zaman remaja kat sekolah dulu. Rupa beliau aku tak pernah tengok pun tapi asyiklah dengar nama dia. Mesti disebut setiap kali habis rancangan..

Aku tak ingat sangatla ayat penuh tapi lebih kurang macam ni lah.."saya Fdyana...DJ bertugas...bersama penerbit Siti Aishah Haji Bakri...mengucapkan selamat malam dan sampai jumpa lagi..."
Hehe..nama DJ tu baru cipta...tak payah gugel...tak wujud yer.

Haaa...korang rasa macam pernah dengar tak dialog tu?

Ni rentetan setiap kali balik dari kampung malam2, mesti secara tak sengaja terpasang Suria FM segmen jiwang DJ Lin. Bila aku dengar suara DJ Lin, awal2 memangla aku rasa macam tak boleh blah ada lagi DJ bersuara jiwang karat melayan caller yg sama naik jiwang dia. Sebab aku dah terbiasa kan dengar suara DJ radio skrg yg cakap kuat..ketawa berdekah2...pekik2...melawak2...

Tapi bila ingat2 balik...dulu2 mana ada style DJ yg gelak2 sakan kan? DJ dulu style cakap Bahasa Melayu penuh ok...kalau ketawa pun...hujung2 je...ketawa sekat2..haha..suara pun ala berbisik gitu. Kenang balik...memang aku sebenarnya membesar dengar suara2 DJ yg lemah malai bila ke udara. Konon la sangat bila DJ Lin cakap jiwang...tak boleh hadam...hahaha...walhal masa sekolah...pesen suara gini lah yg semua orang tunggu...lagi2 waktu malam...buat peneman time prep or stay up.

Ngaku jelah yg korang pun layan jugak...kannn?

Korang ingat lagi tak..Radio Muzik...dulu femes ok. Aku tak taula ada lagi ke tak radio ni. Sekarang ni kan channel radio dah melambak2...

Aku sampai sekarang boleh nyanyi lagi tagline radio ni..."Radio Muzikkkkk...Stesen Muzik ANDA!"


Radio Muzikkkkkk....Stesen muzik ANDA!

Layan ok Radio Muzik ni, memang "in" sangat channel ni time tu..aku rasa semua budak hostel sezaman aku mesti layan punya. lagi2..sebab adanya segmen Pilihan Bersama...dari jam 9.00mlm-12.00tgh mlm. Sedang elok lah time prep. Mesti dah recall kan?? Nama Siti Aishah Haji Bakri ni salah seorang dari penerbit segmen ni lah. Penerbit ramai ok, seminggu kot Pilihan Bersama ni. Setiap malam lain2 penerbit. Ada Zairani Khamis. Ada Nasir Ismail. Nama DJ haram aku tak ingat pulak kahkahkah.

Zaman sekolah dulu...fenomena ok Pilhan Bersama ni. Setiap malam ada 10 pilihan pendengar. Sorang pendengar boleh pilih 2 lagu kot tak silap. Lepas tu lagu yang terpilih akan dipublish siap2 dalam paper Utusan (eh Utusan la kan?)..nama si pemintak lagu/alamat dgn tajuk lagu/penyanyi sekali. Jadiknya malam tu kau dah tau siang2 dah lagu apa nak dengar malam karang. Lagu ikut turutan pulak tu. Jadiknya dah boleh bajet dah pukul berapa lagu favourite kau keluar. Dah boleh standby siap2 kaset nak rekod. Punyalah gigih kan zaman dulu nak rekod lagu. Agak time kena lagu tak berapa suka...boleh la kau mencicit lari ke jamban melepas hajat sekejap. 

Industri walkman dengan bateri AA amatlah menggalakkan masa ni. Bateri kalau tiba2 habis or tak cukup memang musifat ranjau okeh. Sampai kemik2 bateri kena kepit celah pintu. Nak meminjam bateri orang...huiihhh jangan harap ye. Bateri ni dah macam nyawa kat budak2 hostel wei...jangan carik pasal. Tu je sumber liburan kau kat hostel. ASTROK Maktrok takde lagi. Internet lagilah. Satu2 nya tu jelah...dengar Pilihan Bersama guna walkman! nak pinjam bateri aku....KENOT! Time prep...memasing pasang walkman...perghhhh...

Aku dulu ada benda tak makbul hajat nak buat berkenaan Pilihan Bersama ni. Bukan nak request lagu yer..NO NO NO! Hajat yg tak sampai tu adalah.......


UNDERLINE LAGU KEGEMARAN KAT PAPER KELAS.

Sekali pun aku tak pernah berjaya lagi. Aku pun tak paham sampai sekarang apa yg nikmat benor dapat garis lagu2 ni...Hahahaha...Kot boleh  menang hadiah peraduan ke taktaula kan. 

Dulu kat kelas kan kita langgan paper. Satu paper BM, satu paper BI. Bacalah satu kelas sampai lunyai. Of course la bila aku dapat paper...bukak bahagian hiburan...alah...dah ada orang garis dah lagu. Kalau tak garis...dah ada yg tolong bulat2 kan. Tapi selalu dah siap bergarislah. pakai pen.

Nampak tak sikitnya menggelupur semua orang nak main garis2 lagu favourite. Dah macam satu kejayaan pulak dapat garis dulu. Pernah je aku sendiri nampak orang pertama dapat paper masa tu...bukan baca front page ke..usha content ke...TAKKKK....terus bukak bahagian Pilihan Bersama tu terus...garis garis garis...hehe...kelakar pulak aku ingat2 balik.

Masa form 4..antara budak paling pantas menggariskan lagu adalah budak yg duduk sebelah aku. Dia prefect masa tu. Nama dia Yan (hehe...ko jgn marah aku Yan). Tapi aku memang respek dengan ketangkasan Yan ni. Sebab tu aku teringin. Nak jugak merasa...apalah bestnya dapat garis lagu ni.

Aku pernah lah garis jugak lagu kat paper rumah, tapi takde feel...sebab takde unsur berebut. Muahahahhaha. Sebab tu lah aku cakap, sampai sekarang aku lom berjaya lagi.

Most of the time, memang aku bersetuju je lagu2 yg dah bergaris tu. Sama dengan apa yg aku suka jugak. Banyak lagu balada...lagu tangkap leleh...rock kapak...lirik menangkap...sampai sekarang boleh hafal lagi...hafal formula pun tak macam ni..

Cukup nak dekat pukul 12midnite...

"Saya selaku DJ bertugas...bertemankan penerbit Siti Aishah Haji Bakri...mengucapkan selamat malam..sampai jumpa lagi...dan terimalah lagu terakhir..pilihan Rohana, Maza, Akmal dan Faezah, Kelas SLK (lukisan kejuruteraan), Sek. Men. Keb. Felda Besout, Sungkai, Perak...dengan lagu pilihan mereka...Andai Aku Terluka dari Kumpulan Fair dan Kekasihku Marah-marah dendangan Khairuneeza dan Ismadian...semoga terhibur."

Budak sekarang tak merasa kan fenomena ni? 

Thursday, 11 June 2015

Shaver Mahal vs Murah

Sambil layan lagu petang2 macam ni...sambil aku melayan komen2 kawan2 pasal status aku kat FB tadi. Apa yang aku tulis tu memang pandangan peribadi sendiri. Sebab hari2 kan observed kat wall. Dah macam kronik pulak aku tengok sekarang. Berlaga2 dah memasing nak suarakan pandangan.


Again, nak suarakan pandangan tu takde masalah.
Yang jadi masalah tu cara kau menyuarakan. Kita ni kadang terlepas pandang. 
Kita rasa kita mampu buat, orang lain tak mampu buat sebab orang lain taknak belajar.

Honestly, aku dah jadi kurang seronok membaca status2 zaman sekarang ni.
Banyak yg tulis masa tengah beremosi. Kalau tak dapat terima pendapat orang...lagiiiii la kau beremosi. Meroyan2 aku tengok. Hehe tapi aku tetap bacalah. Halwa mata.

Sebab tu aku lebih suka diam aje. Observing. 

Jujurnya memang ada sekali tu aku agak emosi lah baca satu status tentang cukur kepala bayi. Emosi aje. Reply tak kuasa.

Awalnya baca, cik kak ni nak kongsi kemeriahan majlis bercukur dan proses membotakkan kepala anaknya. Sekali dia selit2 soalan berbaur pula. 

Kenapalah kita taknak cukur kepala anak sendiri? Kenapa kita biarkan tangan2 lain selain ibu bapa utk mencukur? Aku tak paham betul kenapa nak cukur dekat kedai? Suami aku siap pakai shaver mahal bla bla..boleh aje..bla bla..aku pangku elok aje bla bla bla...tak mencuba memang lah taktau..bla bla...nikmatnya buat sendiri....

Yg mana parent bersetuju...memang lah menambah rencah. "aah nye..cukur kepala pun nak pegi kedai?"..."apa menda tah yg susah no nak cukur?"..."nak dapat pahala pun taknak". Kau yakin ke yg mak bapak tu taknak pahala kak? 

Yg kurang setuju pun komen jugak dengan penjelasan masing2. "dah cuba tapi terluka"..."bapaknya takut darah"...bla bla...Ewah yg cik kak pun jawap..."kan boleh buat sambil susukan..bla bla..." "suami kita pakai shaver yg mahal tu...senang"...sepatutnya memang parent yg cukurkan"

Mungkin dia agak parent lain tu penakut sampai tak mencuba kot. Atau mungkin dia rasa memang mak2 lain boleh tak terpikir idea cukur sambil menyusu. Tinggi betul kot bengap mak bapak yg lain dia rasa. Aku lagi tak paham, celah mana yg cik kak ni tak boleh terima yg ada parent memang tak mampu buat sendiri (dgn alasan masing2). Mentang2 suami dia terer kan??

Again, jangan lah memukul rata...mentang2 lah suami kita mampu beli shaver mahal yg memudahkan...terus kita rasa riak kita buat lagi elok dari mak bapak yg lain. Asalnya niat nak tunjuk gambar anak dah botak, terus bertekak2 pulak jadiknya.

Cuba kalau ayat cik kak di"manis"kan sikit macam..."best betul pertama kali dpt cukurkan Leman (cth ye)...senang aje, kebetulan Leman pun tidur, lagi senang..mak2 kat luar sana, cubalah juga buat sendiri. Kalau tak dapat peluang skrg, cuba cukur anak kedua pula. Jimat pun jimat. 

Cuma kalau ayat camni, takdelah pulak peluang nak bgtau jenama shaver kan?