Friday 28 August 2015

Bercanda di tepian pantai...kita bersama memburu asmaaaaraaaaa...

Hehe..patutnya nak buat kumpul2 open house..
Last2 raya dah berzaman habis..tapi takpe..tuan rumah kata...lantak kan aje.
Tak Malaysian lah kalau takde open house lepas raya kan.

Tapi kali ni konsep open house kita tukar sikit. Kita BBQ. 

Ok jadi..22 Aug 2015.
Lepak rumah Wanie. Sesudah subuh masing2 dah keluar rumah dah.

Ini misi memalaskan diri...sampai aku nak cerita pun malas haha. Korang tatap je lah gambar2 ni.

Awalnya, aku yg suggest buat pagi2 buta...satu..supaya cahaya mentari belum tinggi dan kadar kegelapan kulit tak ketara. Ini penting utk salah seorang peserta BBQ yg kena menten cerah utk hari bahagia dia. Kedua...cadangnya tghr siap makan BBQ semua..aku nak cargas balik Johor.

Nampaknya, cadangan kedua tu...memang tinggal cadangan je lah. Aku salahkan Wanie. Teruk betul tuan rumah ni. Kejap lagi ko akan paham...kenapa aku cakap Wanie yg salah. :-)


Tu tuan rumah...cik Wanie..baju itam membongkok badan.
Nak berkenalan..sile buat baik dgn aku :-)

 Tujuan asal dtg pagi...sebab konon nak terjun time matahari lom tegak atas kepala.
Ale2...sampai2 je...elok carik remis dulu...
Kang kalo hitam ko salahkan remis tu yer..
Tapi aku tak tipu wei...dia macam satu ketagihan.
Ko korek...jumpa..korek jumpa..korek jumpa..tak abes2..

Lori Zarif yang terang dan jelas telah disalahgunakan.
Lagi 2 ketul mangsa terdampar tu aku taktau nasib dia.

Nyaman je kan pagi2..nampak mcm jauh ke tgh..
Tapi masa ni paras peha Bang Z je.
Masa ni tuan rumah dah bebel dah.
Korang nak mandi baik mandi skrg...kang kejap lagi air naik.
Hoii jgn melawan tuan rumah yer.
Memang betul air naik tak lama tu.
Sampai ke kawasan carigali remis tu.


Budak yg sampai kecut2 masih taknak naik darat.
Takpe hari ni je Mommy kasik can.
Sile lah hitam kan diri ko Zarif.
Supaya tona kulit kita sekata. Maksud Mommy..tona kulit Zarif jadi segelap Mommy.

Ni nama je 3 orang menggali...hasil takat suku mangkok remis pon tak penuh lagi.
Teknik failed. Korek kemain dalam..dapat la 5 ekor. Haha.

Matahari dah nak keluar dah. 3 org tu aku rasa mmg niat awal nak berniaga je aku syak.
Dah hujung2 baru nak terjun. Pastu sebok si Amirah "Kak Mas jom la jom la mandi.."
Akak ko ni dah lama lencun dah wei.

Salin baju dulu. Tu hammock rebutan ramai tu.
Aku tak dapat rasa lagi.
Bermakna besar potensi utk dtg lg. Boleh kan Wanie?

Bermula sessi menunjukkan kehebatan saka memasing.
Memang tak berhenti makaaaaaaan je.
Aku sebab lebih senior umur banding yg lain.
Maka, aku injured awal sikit.
Mak Wanie masak nasi lemak for breakfast.
Air panas 2 jenis. Aku bawak kuih beli sikit.
Selebihnya BBQ. Tukang BBQ si Aizat. 
Kakaten tukang makan. Ko nmpk je dia slim..tapi..hehe

Ni baru round 1. Lps sosej-kepak ayam-ikan bakar...
Sambung pulak jagung-keledek.
Nasi lemak dah masuk pinggan kedua.

1st class ok. Buai disediakan. 
Tapi harapan la sgt kan Zarif nak tido time umat lain melantak.
Takkan dia nak ketinggalan kan?

Sessi bermanja dgn tuan rumah.
Apesal tah aritu aku tak masuk hammock ni ekk?
Turn aku takde ke hape?

Tuan tanah terharu...sbb dia kata anak aku je yg nak kat dia.

Anak2 buah Wanie dah sampai. Nampak kan panas terik tu?
Anak aku sikit pun tak heran. Saka main dia dah sampai.

Salin baju celup balik. Nak membuas.

Kak Long Wanie pegi beli. Fresh ko. Terus letak atas bara.
Menggelitis sekor2.

Tgk pon tau melekit je kan, baik bapak baik anak.
Gambor mak tak berapa nak ada kan?
Hehe..kalau bapak dah camtu punye lekit..ko agak lekit mak dia cmne?


Dia sauk selipar aku..masuk 2nd step..selipar tu dah smpi betis dah.
Masa ni dia dah reti panas. Kalau tak..selamba dia aje pijak.
Yg org tua dah melompat2 menahan panas.
Org tua tu bapak dia lah. Bang Z hehe.

Masa ni...masing2 dah kekenyangan. Mata dah berat2.

Eh jgn tdo dulu...makan ketam pulak. 
Takpayah perisa2 apa. Bakor semata. Manis.

Pic senget malas aku nk betulkan.
Habis ketam...tu dia hasil galian pagi tadi.
Remis goreng. Nak kata goreng bukan la goreng apa pon.
Cukup bagi dia masak dan terbukak.
Remis pun satu..dah lah gali ketagih..ko makan pun ketagih.
Sbb dia kan kecik comel je kan..lagi kecik dari kepah.
Nak makan 1 tak puas..makan 2 tak puas..
Mcm kuaci ko.

Ok siap mkn remis. Tuan rumah keluarkan bantal.
Memang takde segan silu dah. Perut dah bahagia. Bantal dah ada.
Lama jugakla masing2 jadik dugong. Tuan rumah pon tak terkecuali hehe.

2nd round.
Bangun tido. Sambung melantak lagi. Nasi lemak ada. Ngap!
Ikan bakar ada. Ngap! Keledek bakar ada. Ngap!

Lepas sembahyang, the boys masuk air dulu. The ladies isik perut dulu.
Celup badan lagi. Last2 sampai lah ke petang melepak.
Layanan tuan rumah memang 1st class. Kejap2 dia bancuh air sarsi.
Kejap2 bawak ais kosong. Petang sikit bancuh sirap ais. 

Walaupun masa melepak ni, aku agak terganggu dengan sms dan call dari beberapa ketul org yg menggelabah ayam (orang kilang). Tapi, aku taknak spoilkan kenyamanan feeling bermalas kat umah Wanie. Tak sia2 aku tak pandang telefon aku.

Aizat-Zarif-Amirah-Mak Zarif-Kakaten.


Kami semua balik dengan bekal nasi lemak. Perghhh...tak tau nak komen apa.
Yg aku tau...perut terlalu gembira. Haha..tak boleh diamalkan selalu.

Terima kasih tak terhingga kat Wanie dan family. Hospitality mcm hotel.
Sampaikan masa lps mandi bersih2 badan pun...ada lagi air teh o panas menanti.

Budak yg terbawak2 feeling dlm air. 
Nanti Mommy tanya Aunty Wanie bila ada empty slot ye. 
**aku pon taktau apesal pic ni nak senget..malas carik rootcause.

Lokasi: 
Kg Permatang, Kuala Sg Baru,
Melaka.
5min drive dari Pengkalan Balak.



Monday 3 August 2015

Makan2 Raya 2015

Rabu malam lepas (13 Syawal 1436), kudrat dan kerajinan tu ada secara tiba2. Aku pon buat la acara makan-makan kecilan sempena ada orang teringin nak datang rumah. Alang2 aku jemput sekali kwn2 kat opis terus. 

Tak ambik cuti pon tapi dengan kudrat yg ciput ni...zass zass shopping barang makan lepas kerja...zass zasss lagi...aku tumis masak masa lunch break. Hahaha...sila jangan tiru perangai tak semengah ni yer. Berkerja la anda dengan bersungguhnya yer. Barang rencah, goreng2, kopek2..semua dah buat malam sebelum tido. Sebelum subuh menumis sambal dulu. Bang Z kena kerahan tenaga kemas rumah.

Dia punya perasaan tu macam kan ko nak sambut menantu pulak. Bunyik blender pagi petang siang malam. Aku risau je jiran aku dengar. Mesti diorang duk kata...jadahnya rajin memblender siang malam...ko blender ape yg tak habes2 ntah?

Walhal masak lodeh dengan soto ayam je ponnnnn...dia punya memekak tu kalah caterer. Haha.



Ni mangsa tetamu yg paling awal sampai. Elok beno lah tu. Sampai2 patut aku jamu air dulu. Ni tak...dudukla tetamu dekat dapur aku...tolong potong ketupat segera dengan kopek/hiris jambu batu. Haha. Sian..sape suruh datang awal..dengan aku berlendir pakai baju pergi opis lagi. Tima kasih yer Farah ngan Ekin tolong itu ini..


Oleh sebab paling awal dtg, maka dapatla berposing sakan.
Dan tuan umah sempat tukor kostume.
Lepas Ekin/Farah balik, elok lepas maghrib tak lama tu, datangla batch kedua. Wani n housemate serta Cik Fatin. Lepas tu...ko jgn ckpla nak ada adegan bergambor2 yer..memang tak sempat...pok pek pok pek...rumah dah penuh...refill lauk...anak melalak...anak tetamu di mana2...aku ni kejap keluar masuk bilik...kejap terkurang seringgit..masuk lagi...amek duit...

Yg ni je lah pictures sempat snap sebelum fon flat. Snap yer...takde susun atur ikut tinggi semua takde.

Amanda..berjaya buat Zarif melalak.
Kahkah..skill tarik rambut ni penting..miahaha.

Wani ngn housemate.
Nama pon snap, maka tiada senyuman di situ.
Pandai kan anak aku pilih awek? 
Nak yg darah manis aje..
Wani on the phone ngn Ain..tunjuk arah.

Dgn Mun..laki ko nmpk sipi2 je..salah photographer.


Mama Liza dan jiran tetangga. 
Gila kerek Zarif takmo ngn Mama dia ehh.
Gambar ala2 seram..tapi nmpk x? Pandai kan dia pilih?
Elok dpt snap bape keping...terus la mati fon aku. Dpt charge balik tapi memang lupa dah nak bergambor balik. Ramai je yg takde dlm pic. 

Bhn bukti yg takde: Mommy Amanda, family Ain dan family Amy. Jiran kiri kanan..mak aihh..

Sekali gambor makanan pon langsung takde kan?? Ni je ada...post open house..baki buat breakfast..soto ahyammm..gambo lodeh hai mak lodehhh...tadek..


Tukang kemas macam biasa la kan...orang susun dia punggah..
orang susun dia punggah.

Terima kasih daun keladi utk semua geng yg sudi dtg...ada kesempatan, kita gather lagi. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Ni...ada bukti tinggalan sejarah ni. Cinderella mana punya? Ke bakal menantu aku yg punya ni? Hahaha...bakal besan, sila tuntut yer..