Tuesday, 24 November 2015

Avillion Admiral Cove, Port Dickson - Percutian Malas. 14-15 Nov 2015.

Melaka ni panas. Alasan kan?
Eh betul..mmg panas duduk rumah..aku saspek dia pakai batu blok yg besar tu.
Sebab tu panas dia semacam.

Telefon Bang Z. Bgtau weekend tu apa jadi pun..saya taknak duduk rumah.
Nak duduk tempat aircond. Takbur betul permintaan. Haha. Tapi diluluskan.

Nak cari hotel sekitar Melaka macam kurang cabaran pulak.
Ok jom cari jauh sikit. Depan sikit je dari Umang-umang Chalet yg pergi awal new year aritu. JOM PD!

PD je pun. Kecik2 dah memang duduk PD..tak puas2 lagi nak ke PD. Aircond punya pasal.

Tapi percutian tergempar ni memang purely berkonsepkan "aku malas, aku nak aircond aje". Sampai nak cerita pun malas. Korang kena faham, sifat mak buyong awal2 1st trimester ni memang kaya dengan kemalasan aje. Ko mahapkan lah.

Bang Z sampai dr KL pun almost 10am pg Sabtu tu. Aku sehelai baju pun lom pack. Kata malas.
Pergi klinik check up dulu, balik umah...sempat lagi tidur anak beranak. Sampai ke tghr.
Dah 12tghr dah jam. Ni nak pergi PD ke tak ni? Baru 12tghr...1pm...last2 2pm. Pemalas kan?

Perjalanan mula 2.30pm lepas memujuk Zarif bangun. Anak aku pun malas jugak. 
**dah mak pemalas..ngeh.

Sampai Avillion Admiral Cove (AAC) dah 4pm. Lunch siap2 kat tepi jalan. Nasib baik makan rajin. 

Tak jauh mana Melaka ke PD ni. Kau lalu je jalan dalam. Dari Melaka ambik laluan ke ALAM (akademi laut malaysia), nyusur je ikut signboard byk. Akan passing by Desa Balqis dan Umang2 Chalet area jugak. Cuma dari arah ini, kita jumpa Teluk Kemang dulu la baru jumpa PD.

Masa dah sampai Teluk Kemang tu..hati dah girang. Dah mula nampak Primaland (dulu tak silap Tiara Beach ke ape tah)..dah nampak Lexis Hibiscus. Ngidam jugak nak duduk sini. Takat ngidam takpe..free.

Terus lagi...terus lagi...sampai lepas bulatan..tadaaaa...tu dia AAC. Ni 2nd time kami lepak sini. Taktau kenapa suke. Harga tak over sangat kot. Dan hadap laut terbentang. Nak duduk Thistle dah penuh lak. 
Ok, tu alasan sebenar. AAC je ada kosong lagi. Misi aircond kena bagi jadik.

Check in bilik...pasang aircond..pasang tv..tp tv takde suara..Zarif dah melompat girang. Aku yang pemalas dah baring siap2. Bang Z godeh remote. Gagal bunyikan suara. Buta remote kami ni. Last2 call front desk for help. Maintenance guy dtg tunjuk ada satu butang kena tekan belakang tv. Hok alok. Elok dah suara ada. 

Laki bini terbaring kemalasan...mengantuk kekenyangan. Zarif je ada energy. Dia hayak le kerusi ada 3 ketul dalam bilik tu ke hulu hilir. Janji kau bahagia nak. 

Heaven. Nikmat. Mengujakan. Sejuk yg didambakan. Tilam dan bantal empuk lagi gebu dan nyaman. Kau dah membayar RM312..kalau tak nyaman jugak...memang nak kena hempuk la kan. Ni rate aku dapat utk Straits Suite hadap laut dgn king size bed (breakfast for 2). Ada promo sempena apa aku tak amek tau. Normal price is RM324 tak silap. Booking secara online aja.

Lagi sekali...heaven...nikmat...ZZzzzzzz...

Dah petang rembang redup sikit, baru turun bawak anak mandi pool. Aku tak ikut. Malas!
Aku layan Running Man.

Sian lak anak takde gambar. Ok la aku turun. 


Bapak dia report, si Zarif tak hingin mandi pool kid. Ewah kemain. Memilih pool org tua. Tapi musykil gak...anak ke yg taknak. Aku nampak ujung pool ada minah salleh elok berbikini bagai. Walaupun minah tu lebih padan dipanggil nenek salleh. Baik ngaku Bang?


Umur belum 2 tahun. Selamba tapir je lepas taknak Bang Z pegang. Kang Mommy hantar pergi kelas swimming terus kang. Tgk pada skill dah ada sikit dah tu. Ngepak2 tangan sambil kaki kayuh2 itik. 

Aku suka pool dia sebab macam terlindung dari sinaran mentari. Dah petang camni nak sinar mentari jadah la kan. Pool kanak2 connected je dgn pool dewasa ni, cuma penuhla. Ramai betul parents dtg bercuti dgn anak kecik. Penuh baby dgn budak2. Berlaga2 mak bapak dalam tu.

Dah nak senja dah. Jom naik bilik. Kecut dah burung memasing.



Agak byk kapal duk parking kat marina ni. Tah sapa la empunya. Dapat seketul pun makcik dah syukur. Walaupun makcik tau betapa seksanya nak perabes hutang JJN dulu. Apatah lagi nak ada kapal. Insaflah!


View dari bilik. Ada 3 biji rumah agam di situ. Siap ada kapal parking depan rumah. Orang park motor...kau park kapal. Aku jamin cam sejuk je duduk rumah dia. Ye ke? Ye kot..dah bukak pintu depan nmpk air laut..bukak pintu dapur air laut...Zarif sebut...air banyakkk...

Malam tu dinner tercapai hajat malas aku utk in room dining aje. Dah elok bersiap nak keluar...sekali hujan lebat. Punya la terkepam sampai hujan pun kau tak dengar. Dah sampai lobi baru tau hujan. Elok la tu. Patah balik bilik order je lah. Zarif dah ngaruk sbb nak jalan. Tunggu makanan punya lama....order 830pm...dpt pukul 10pm lebih. Kitorang dah bergelap dah tido. Walhal order nasi goreng Cina dgn Spagetti Oglio je pun.

Dah jgn marah. Makan dgn romantiknya. Lampu pasang satu je. Anak dah lena. Nak snap pic pun tak kuasa. Keluarkan bekal sardin sekali. Nikmat jugak! Candle lite dinner versi ngantuk sambil tgk Armageddon.

Esok memasing dipaksa bangun awal. Anak bujang set jam awal. Dapatla tgk mentari pagi di ufuk timur. Perghhh. Cun.

Nak mandi pool..tp baju basah lagi. Ok kensel. Jom breakfast! Cuma laluan nak g dining hall kena rentas pool. Bahaya ni utk mata anak bujang. Kita cari laluan tikus hehe.

Breakfast biasa aja. Tak adalah se impress mana tapi cukupla mengenyangkan perut kami. Ada selection of nasi lemak, cereal, bubur nasi, mee goreng, roti/bun dan fruits.

Sambung bermalasan di bilik sampai ke tghr waktu check out.

Short gateaway..aircond pun dapat. Cuma tak dapat meronda PD waktu malam. Nak meronda waktu lepas check out...sekali Zarif dah tertidur pulak. Pun kensel. Balik la ke sarang semula. Dgn alasan PD ni dekat aja...lain kali boleh terjah lagi. Sebut terjah tu macam kan duit kau tu berkepuk je kan? :)

Takper. Sabar sikit ari je lagi. Bulan 12 nanti ada lagi satu percutian dekat. 

Kadang seronok juga tetiba dtg penyakit nak aircond aku ni. Sampaikan snap gambar pun alat 4 keping je. Jadikla.


Friday, 6 November 2015

Hutang

Tetiba rasa nak bercakap bab hutang ni.

Selalu bile berlaku kematian, nanti akan ada waris si mati tanya..
"Kalau Arwah si polan ni ada berhutang...boleh la berjumpa kami warisnya..
kalau tidak bagi pihak si Arwah, saya mohon minta halal...bla bla"

Kan?

Tapi kalau betul si mati ada berhutang dengan kita...memangla tak tergamak nak menuntut time tu jugak...tak menyempat benor. Waris dah sebut minta berjumpa waris kendian..maka...kendian lah tuntut.

Macam mana pula utk situasi waris memang sedia maklum si mati ada hutang? 
Hutang dengan Allah SWT mau pon berhutang sesama manusia...dan kita tau?
Wajip kah kita lunaskan?

Terjumpa viral di FB ada sebut..selagi hutang bertunggak...itu yg akan mengikat si mati dari bertemu Allah SWT. Hutang sesama saudara apatah lagi. Selagi ia nya belum di halalkan.

Bahaya kan hutang2 ni...dalam Surah Al Baqarah pon sebut berulang kali.

Aku ada kisah juga. Perihal hutang ni. Kami jadi waris yang tahu. Serba salah jadinya sebab nak lunaskan guna wang sendiri...keluarga sendiri pon mencungap. Sumber dari si mati tak berapa nak ada.

Hutang yg agak menggunung!

Tapi Alhamdulillah, mungkin niat waris sudah ada. Hujung kemelut, ada jalan yg Allah nampakkan. Walau pon tak banyak...tapi ada. Jadikla.

Kami lunaskan hutang dgn Allah dahulu...spt zakat, fidyah etc. Bakinya, kami cari pemiutang2 yg kami kenal dan lunaskan walaupon tidak secara penuh. Alhamdulillah byk yg sudi menghalalkan. Lega teramat bila dpt bersemuka dgn mereka dan dgr sendiri tuan punya badan menghalalkan. Rezeki yg ada jadi milik anak cucu mereka sbg saguhati atas kebaikan mereka.

Yg ini memang betul. Lega rasanya bila bab hutang dapat diselesaikan. Masih ada sikit lagi usaha nak mencari pemiutang yg lain. (Sebut pemiutang dah macam sembang akaun ko!)

Duit berbaki tu..kami belikan telekung dan Al-Quran utk diwakafkan di surau/masjid berdekatan atas nama Arwah.

2 hari lepas tu...mama ada sebut bermimpi seorang lelaki cuba mendukung Zarif..tak nampak muka sebab lelaki tu memalingkan muka. Mama ckp..

Maaf ye encik..saya ni tak biasa bagi org asing mendukung cucu saya. Mohon pulangkan.
Lelaki tu pon berpaling...muka bercahaya sambil tersenyum. Arwah dtg dlm mimpi Mama.

Kebetulan atau tanda terima kasih. Aku pun tak pasti.

Nampak mudah kan menyebut utk menuntut dari waris bab2 hutang ni...tapi tetiba rasa tanggungjawap waris tu besar yg amat. Lagi2 utk kes yg waris tau.

Al Fatihah.