Tuesday, 28 July 2015

Hal Bini Nak Beranak

Sejak dua menjak ni kecoh pulak kat FB, perihal isteri nak beranak.
Ada seorang doktor OnG lelaki melayu yg amat tidak setuju dengan 'homebirth' atau 'gentlebirth'. Dia setuju yg perempuan seharusnya bersalin di hospital sahaja dan diselia hanya oleh medical certified staff. Mungkin ada yg dah baca luahan doktor ni. Aku tertau pun sbb ada org shared dan naik di wall. Aku baca jugak. Ada 3 status setakat entry ni.

Ok kita ketepikan kejap pemahaman apa benda alah 'homebirth', hospitalbirth' or 'gentlebirth' ni. Siapa yg betul, siapa yg salah.

Aku baca status tu as 'neutral' reader. Ada feeling kurang seronok.

SATU.
Status tu nampak penuh dengan kemarahan. Mungkin beliau tulis semasa tengah marah kot. Aku cuba baca setenang2 nya...tapi memang obviously tengah marah. Niat nampak dah betul sbb beliau share benda yg kita kena tahu. Cuma penggunaan perkataan dan cara sharing yang nampak sangat kau tengah marah bang. Aku berperasaan lah kan, bukan patutnya gunalah statement yg murni untuk bacaan umum. Ayat tu biarlah nampak bertenang2. Status kau tu public. Satu kampung baca. Dan kau adalah seorang doktor. Doktor kalau dalam buku atau novel...mesti tambah Tuan kat depan..Tuan Doktor yg disegani. Orang respek. Kannnn...Lainlah kalau tulis blog, contoh macam aku. Takyah nak susun ayat sangat. Aku ni bukan siapa2. Alolololo.

Yg ni aku rasa betul. Aku dulu pernah gak kena tegur, oleh former bos aku kat kilang lama. Dia tegur senyum2 lagi. Sebab aku sejujurnya ada reply satu emel kat sorang engineer module kot. 2-3 ayat aku reply. Hujung tu aku taip...HAPPY? Aku reply masa tengah marah. Reply to all lak to.

Memang nampak sangat la emosi aku kalau reply tengah marah. Buruk rupanya. Sejak tu, aku diajar supaya jangan sesekali ko reply emel ke, sms ke, waktu tengah marah. Kadang tak mean, tapi tau2 jelah tengah hangin kan...orang yg baca akan ada satu persepsi kat kau. Gila tak boleh terima teguran..gila apa meroyan minah ni..gila kerek..dan macam2 gila lagi. Jadiknya reply or tulis apa kau nak waktu ko tengah cool. Aman je. Aku kadang tulis je time amarah memuncak..tapi tak send la. Pastu re-write balik. Rajin.

Jadiknya, berbalik kat status doktor tu tadi. Dah meroyan2 marah macam tu. Kau marah ni kat mak2 yg 3 case ko kena handle tu kan? Ke kau marah kat siapa? Kat doula? Kat semua mak2 buyung dalam dunia? Nampak macam marah semua mak2 lah pada aku, sebab tak beranak kat hospital? PUKUL RATA.

Ok sambung.

DUA.
Kat atas tadi aku sebut dah. PUKUL RATA. Kalau buat kuih raya, kan kita kena aduk rata kan adunan. Pukul rata2. Baru semua kena. Haaa...macam tu la feeling aku. Status amarah tu main pukul rata.

Kau memang tak setuju kalau beranak kat rumah. Alasannya nanti ada risiko ibu-anak. Jadi macam2. Betul. Kau pun bubuh gambar 3 patients, admitted sebab komplikasi lepas homebirth. Camni Tuan Doktor, kalau nak pakai data, ok boleh tapi kau pun kena lah share data kau. Baru compare apple tu apple. Judgement kau kat sini aku rasa tak adil. Nak prove kita betul, kita pun tunjuk la data kita, statistik kita. 

Bukan aku nak kata, mak2 silalah beranak kat rumah ye. NO. Tapi, aku teringin  jugak nak tau, success rate dan fail rate beranak di hospital. Obviously memang Malaysia ni antara negara yang success rate tinggi banding negara lain. Fail rate orang memang kalau boleh nak sorok. Gila tak kan nak share kan? Kang lepas ni mana kita nak beranak. Haha. Tak payah beranak lah kot. Simpan je dalam perut.

Aku ni dah terbiasa sikit2 defect rate, good rate. Kalau fail..out of berapa? Sebab tu report orang akan tulis...3/100..2ppm. Sebab tu aku rasa doktor tu berat sebelah. Yg buruk orang dia share kemain, yg baik takde langsung...dia tambah cerita baik dia (hosp) sahaja...yg buruk lagi lah kan. Lupa...dia tengah marah masa tu.

Ok lagi.

TIGA.
Ada unsur penghinaan sikit. Doktor tu guna perkataan melabel orang seperti.

  • puak2 homebirth/gentlebirth
  • puak2 doula...kata pandai..
Ok honestly, PUAK? 

Menuduh puak2 doula ni menghasut ibu2 supaya beranak di rumah. Doula bukanlah profesional person, bukanlah certified person untuk assist proses kelahiran. Tambah doktor tu lagi, puak doula ni hanya ada diploma aje. DIPLOMA. 2 kali juga disebut diploma tu, nampak macam kan satu penekanan betapa tidak layaknya seorang doula itu dalam proses kelahiran.

Kasihan sungguh puak2 doula ini diperlekehkan. Tidak pula disebut betapa pernah puak doula ni membantu dgn jayanya seterusnya memudahkan kerja2 doktor.

Aku tidak pernah lagi ada doula. Anak pun baru seorang. Kalau di tanya pada ibu2 diluar sana, agaknya kenapa lah ada antara kita begitu menginginkan seorang doula?

Kalau aku, ini antara alasannya, walaupun aku tau, doula tidak lah sehebat para doktor yg ada sijil berkepuk...tapi aku menginginkan doula untuk:


  1. Peneman emosi - tidak semua suami "gagah" ketika kelahiran anak pertama. Kadang tu baru isteri nak meneran, si suami yg lebih dulu pengsan bagai. Harapkan suami, suami gelap mata dulu haha. Doula lah selalu jadik orang kanan paling baik boleh tolong stabilkan emosi kita. Alah, takyah tunggu masa nak beranak sgt, masa last trimester tu mmg doula lah yg byk advice mcm2..takat ni takde pulak doula ajar yg pelik2..dah macam mak2 kita jugak cara diorang ni.
  2. Memang puak doula takde sijil profesional (as claimed by doctor), tapi aku selalu dpt info detail lebih lagi pasal hal beranak ni dari doula banding dari doktor. Ini aku spesifik lah yer, doktor di KKM. Dah hujung trimester, aku giveup dan cari 3rd opinion by looking for OnG di hosp swasta dan doula. Doktor swasta korang tau lah kan macam mana servis dia. Dan doula yg tak berbayar pun sanggup jumpa aku untuk bantu mana terdaya.
  3. Mengandung dan bersalin ni patutnya jadik sesuatu yg 'beautiful' utk kita kan? Aku tak dapat rasa tu setiap kali aku ke KKM. Sumpah...penuh dgn kata yg tak seronok aku dengar. Macamkan aku mengandung ni dah jadik kesalahan besar pulak. WTH! Tapi aku dapat rasa enjoy dan feeling beautiful tu bila aku berjumpa doula dan kwn2 preggy lain yg sama2 boleh sembang hal2 preggy tanpa di marah dan dituduh yg bukan2. Korang tau kan apa yg aku nak sampaikan ni kan??
Walaupun takde ijazah mazah bagai, aku rasa lebih yakin dan emosi pun ok bila dapat belajar dari puak2 doula ni. 

Kalau kita tengok balik sampai hari ni, ada tak korang nampak puak doula ni berkoyan2 reply FB sambil sumpah seranah orang. Takde kan? Aku paling habis nampka pun, diorang cuba betulkan persepsi salah atas tugas doula. Tu pun dgn bahasa yg masih lagi murni. Kalau aku taktaulah...mau berbakul carutan kot. Ngehehe. Tgk cara jawap pun orang boleh tau peribadi seseorang tu.

Aku beranak kan Zarif di hosp dan czer. Bkn di rumah walaupun most of the time aku seek advice dari doula. Sbb apa? Sbb aku takde pulak dengar doula paksa hasut aku suruh beranak kat rumah. Aku cuma diberitahu apa hak aku sebagai ibu dan apa aku boleh buat supaya kelahiran anak aku seperti yg aku dan Bang Z idamkan. 
Even czer, aku anggap kelahiran pertama ni almost seperti yg aku nak. Rasa beautiful tu dapat! Dan semua pilihan atas pilihan kami sendiri dgn support dari doktor.

Kepada Tuan Doktor yg meroyan itu. Jangan terlalu berprasangka buruk. Jadikla seorang doktor yg positip. Tidakla semua puak doula di dunia ini seperti yg Tuan Doktor bayangkan.

Aku tunjukkan post Tuan Doktor tu pada Bang Z tanpa buat apa2 komen. Ini jawap Bang Z.

"Kalau camnilah cara doktor, tak kuasa abg nak hantar bini kat doktor super emo berlagak mcm ni...beranak kat rumah lagi baik"

Friday, 24 July 2015

Laluan Alternatif (Jalan Dalam) Dari Melaka ke Alor Star, Kedah.

Selalunya musim2 perayaan ni, hiway PLUS mesti jem tahap melekat punya.
Aku dah banyak kali terkena jugak. KECEWA!

Sebab kita bayar tol mahal kan, tapi kereta tak bergerak. Kejap masuk gear 1, kejap masuk gear 2, pastu gear 1 balik. Ni kereta aku lah yer, manual. Kereta AUTO kurang sengsara sikit.

Bila letih, teringin nak pitstop kat RnR. Nak masuk pun tak boleh. Acik RELA dah lambai2 bgtau memang tak boleh masuk dah.

Hentian sebelah pun sama. Nak masuk jamban pun berjuta manusia. Biru lah muka kau menahan yer. 

Raya tahun ni, aku tak kira, aku taknak lalu hiway.aku taknak lalu hiway! Jom lalu jalan dalam. Aku mula dari Melaka. Untuk pedoman korang yg nak ikut, boleh lah mencuba. Ada banyak aje laluan, tapi aku pilih laluan yg bawah ni. Sebab ape? Sebab tak tau hahaha. Saje nak lalu tepi2 peta semenanjung. Kalau lalu hiway, dah biasa nau lalu Rawang - Btg Berjuntai tu. Maka kali ni kita amek laluan tepi laut pulak.

BELAH SELATAN.

Batu Berendam - Alor Gajah - Seremban - Semenyih - Kajang.

Laluan ni senang, ikut aje signboard. Ni laluan sama aku guna bila nak pergi Broga Hill. Sepanjang jalan dari Alor Gajah nak masuk N9 tu...makkk aiiii...berderet orang jual lemang. Pakkal je aku dah masak lauk berbuka siap2. Selain lemang, aku nampak ramai jugak jual anak patung dgn bantal kekabu. Agak2 dalam kereta nak tido selesa, boleh lah benti beli. Area Seremban agak jem sikit lah sebab aku elok smpi Seremban dah jam 6lebih gitu, org dah balik kerja.

Azan maghrib berkumandang masa dah sampai Semenyih. Dalam 2 jam jugakla dari Melaka. Buka simple je dgn kurma dan kek marble dalam kereta dulu. Terima kasih Mama Liza (pengasuh Zarif) yg bekalkan kek marble. 

Ngap ngap ngap...burppp..target berhenti kat KL. Baru mkn besar dan sembahyang.

BELAH KL/Selangor.

Kajang - KL - Sungai Buluh - Kuala Selangor - Sekinchan - Sabak Bernam.

Perut tak lapar sgt sbb dah bedal kek marble sampai separuh bekas haha. Masuk KL baru berhenti makan. Bukan kitorang aje yg bawak turun bakul piknik...rupanya ramai lagi family lain pun buat sama jugak. Berpiknik lah kami kat hentian yang aku lupa nama dia. Tapi hentian ni tutup takde orang berniaga. Walaupun tutup tapi pak guard ada, kerusi meja, lampu dan kipas pun pasang elok.

Dah kenyang makan bekal 'roti daging lapis keju' (nak jugak bgtau kan)...sembahyang Jamak siap2. Dekat sejam berhenti...tulang bontot dah lurus..sengal dah hilang baru sambung perjalanan.

BELAH PERAK.

Sabak Bernam - Hutan Melintang - Setiawan - Pantai Remis - Terong - Changkat Jering - Bagan Serai - Parit Buntar - Butterworth.

Macam jauh je kan? Percayalah...tak pun. Sekentut2 je dah sampai next pekan. Lagi pun dah malam. Senang je cari jalan, signboard clear. Traffic pun alahai...takde gangguan langsung.

Dari Sabak Bernam ni dah dekat jam 10mlm camtu. Tapi jalan sangat meriah ok. Berderet kereta plet luar lalu. Agaknya ramai jugak yg taknak lalu hiway macam aku. Masa ni turn aku drive. Bang Z amek turn membuta kat belakang dgn Zarif.

So far laluan ok, bertemankan geng2 kereta lain. Double lane yg memudahkan, agak malas follow belakang lori (ada la lori sikit2 je), boleh la memotong. Cuma jalan hala ke Setiawan tu agak bumpy sikit...jalan tak rata. Melompat2 aku anak beranak bila langgar jalan tampal tak kemas.

Oh lagi satu aku perasan. Jalan kiri memang lah dah agak rosak, aku suspect ni angkara lori lah kan. Boleh pulak sepanjang jalan tu aku tengok lori kemain duduk lane memotong. Mentang2 la lane memotong masih cantik jalan dia. Ko kemain nak jahanam kan yer? Yg kita geng kereta ni terpaksa lah memotong guna lane kiri. Tak senonoh betul encik lori ni.

Ni nak kena bagi perhatian kat sapa ni ekk? Ok marah nampak..haha..

Kami sampai Butterworth elok dalam 4am camtu. Terusla sahur kat mapley. Disambut hujan lebat mencurah2. Lebat lah macam mana pun, berderet je orang beratur kat mamak. Termasuk kitorang. Hehe. 

BELAH UTARA.

Butterworth - Sungai Petani - Alor Star.

Subuh kat Masjid Bertam. Masa ni hujan lebat lagi. Nikmat wei tidor dalam kereta dalam hujan. Tak nak bangun je rasa. Kepala pun pening2 lalat tak tidor kan. Pakkal je Zarif dah boring menyampah dalam kereta. 8am lebih, paksa celik mata dan sambung journey yg tak sampai berapa jam aje lagi. 

Hujan masih turun, kejap lebat kejap renyai. Driver mau pun passenger asyik request berhenti kat Petronas/Shell...melepas hajat waktu sejuk. Hoii tak boleh tahan.

Pukul 10.30pagi - kitorang pun sampai lah kat Aloq Janggus. Yeay!!!!

Agak jauh sikit dari hiway dan makan masa lama sebab banyak kali berhenti buang air dan isi air. Syok jugak, agak2 haus, cari kedai 24jam..or mapley. Lepas tu bedal kek batik sekali dlm kereta. 

Perghhhhh...ko cakap...nikmat apa yg kau dustakan...bila long journey macam ni...ada bekal kek marble..ada roti daging cheese..ada kek batik  moist...

Ni baru betul..."perjalanan jauhhh tak ku rasaaaaa..."

Jumpsac Orbit SSC - Bila Daddy Suka Babywearing

Tadi buat "pic clearance"..gambar memang berjuta..ada yg memang nak simpan..ada jugak gambar merepek2..

Sekali nampak ada byk jugak collection gambo Bang Z menggendong Zarif. Gambor aku carry tak berapa nak wujud nampaknya hahaha. Doktor tak kasik. Haha alasan sangat kan? Inilah nasib si pesakit "slip disc". Nak kena jaga lama sikit pinggang Mommy ni Zarif. Untuk future adik2 Zarif jugak. Eh.

Sila lah nikmati gambar2 betapa sukanya Bang Z mengkelek anak bujang dia tu. Masih menggunakan satu2nya SSC yg kami beli - Jumpsac Orbit.


Ni masa raya tahun lepas kat Aloq Staq..meronda lepas raya.
Zarif pun baru 7bulan masa ni.

Menyusuri tepi sungai petang2..dekat Melaka Central tu..
Tempat orang dating hehe.
Jusco Ayer Keroh, Melaka. Perabis pitih kot.
Bukti pembelian tak nampak pulak. Kudus je muka anak aku.
Tu belakang tu Pirate Park Melaka. Masa ni lepas usha The Shore.
Pesta kapal Terbang ape ntah aku lupa..kat Airport Melaka.
Sampai2 majlis pesta2 dah habis dah...takper..bubur kacang free masih ada haha..

Sampai tertido haa...ni merayap kat Jusco Melaka.
Nak g terjah The Shore..happy je si Zarif kat belakang.

Bridge depan The Shore.
@ Oleole Langkawi..rembat coklat.
5am in the morning..tggu ERL from Putrajaya-KLIA2.
@Jusco Melaka..Krismas mode masa ni.
Kat Pirate Park. Pusing aje..tak kuasa nak naik.
Bukak waktu malam aje.
Panas melekit wei..Encik Lang punya pasal.
Snap sisi je mampu. Jadikla.
Tengok buaya. Kemain lagi yg belakang tu nak jenguk tgk.


  1. Senang kan? Nak berjalan carry aje..confirm anak selamat.
  2. Tak penat nak kejar. Baya Zarif ni takde istilah berjalan. LARIIII aje. Kurang kadar semput nak kejar. Kadang2 tu lepas jugakla dekat airport...tapii ko merasa la lecak ketiak yer.
  3. SSC ergo, maka tukang pakai tak rasa sakit bahu/pinggang/perut etc. Yg anak pun selesa aje.
So, mommy and daddy out there. Mohla ber'babywearing'.

ssc-soft-structured-carrier-jumpsac.html