Friday 8 May 2015

Casa Lagenda, Halal Chinese Cuisine in Melaka

2 hari lps tekak ttibe nk mkn chinese food. Google carik western asalnye, boleh pulak tertuko niat di saat akhir. Dasar kuat mkn haha.

Lokasi dah tau, cuma belum pernah nampak.
Senang je nak jumpa, pergi je Big Aeon Jusco Melaka tu, dpn Jusco kan ada byk bgnn Taman 1 Lagenda kan. Sila la pusing situ.

Casa Lagenda ni sederet dgn JW Boutique Hotel. Kalau rase fail cari. Berhenti je kat Jusco tu, pastu sile carik RHB Bank - JW Boutique - Zawara. Ni sume landmark besar gajah punye. Pasti akan jumpa.


Lawa kan building dia..dia amek 2 belah sekali.
 Bang Z nyempat la pusing kiri kanan Casa Lagenda ni, bgnn sebelah tu kosong lagi. Perghhh sewa sebulan RM5k. Baru berangan konon nk meniaga. Tinggal harapan la haha. Poket asek berlobang je ni.

Kwsn mkn dia bersih dan luas, kami 2nd customer. Waktu operasi lunch hour ngn dinner. Dinner start 5.30pm, ptt la org lom ramai.

Meja ada pelbagai saiz, byk kerusi baby, toilet bersih...waima tmpt cuci tgn pon cantik. Zarif siap nk sauk2 bunga perhiasan dia. Surau pon ada jugak. Tak sempat snap ape2..Zarif ngamuk nak berjalan satu kedai. Terpaksa pujuk pakai ABC kat fon. 



Taktau bile mula operated, kt template tulis "Dibuka skrg"
Skrg bile tu ntahla.

Finally behave lps kena suap



Kalau tengok menu mmg rambang, mcm2 jenis makanan ada. Utk per person mcm nasi goreng, mi goreng, mihun bagai sampaila lauk2 beraneka jenis haiwan mcm ayam, itik (eh ada ke?), fish, prawn, sotong. Saiz lauk pulak ada saiz S, M and L. Sile order ikut kemampuan ek.

Kitorg order 4 lauk semuanya bersaiz S yer tuan2 dan puan2.
  • Shark fin soup RM10 - bang Z kata bkn fin betul kot..tahla aku korek2 tak kenal pon mana tah shark fin dia. Agak pedas.
  • Prawn butter RM18 - yg ni sdp ikut tekak aku sbb shark fin aku tak suke nau.
  • Fried chicken in milk butter RM12 - pon sedap, licin milk butter tu.
  • Baby kailan - standard la sdp aje. Price lupa.



Air epal mummy dia yg sebat.
So far, kami rase puas hati sbb harga dia boleh la utk kita rakyat marhaen ni. Kalo compare ngn Chinese food pot lain rasenye mau lagi mahal dr pot ni.

Recommended utk sape2 yg nak cuba halal chinese cuisine ni.


CASA LAGENDA MELAKA

Chinese Muslim Cuisine
No 9 & 11, Jalan Lagenda 3,
Tmn 1 Lagenda, 75400 Melaka.
06-288 0328

No comments:

Post a Comment