Friday, 24 July 2015

Laluan Alternatif (Jalan Dalam) Dari Melaka ke Alor Star, Kedah.

Selalunya musim2 perayaan ni, hiway PLUS mesti jem tahap melekat punya.
Aku dah banyak kali terkena jugak. KECEWA!

Sebab kita bayar tol mahal kan, tapi kereta tak bergerak. Kejap masuk gear 1, kejap masuk gear 2, pastu gear 1 balik. Ni kereta aku lah yer, manual. Kereta AUTO kurang sengsara sikit.

Bila letih, teringin nak pitstop kat RnR. Nak masuk pun tak boleh. Acik RELA dah lambai2 bgtau memang tak boleh masuk dah.

Hentian sebelah pun sama. Nak masuk jamban pun berjuta manusia. Biru lah muka kau menahan yer. 

Raya tahun ni, aku tak kira, aku taknak lalu hiway.aku taknak lalu hiway! Jom lalu jalan dalam. Aku mula dari Melaka. Untuk pedoman korang yg nak ikut, boleh lah mencuba. Ada banyak aje laluan, tapi aku pilih laluan yg bawah ni. Sebab ape? Sebab tak tau hahaha. Saje nak lalu tepi2 peta semenanjung. Kalau lalu hiway, dah biasa nau lalu Rawang - Btg Berjuntai tu. Maka kali ni kita amek laluan tepi laut pulak.

BELAH SELATAN.

Batu Berendam - Alor Gajah - Seremban - Semenyih - Kajang.

Laluan ni senang, ikut aje signboard. Ni laluan sama aku guna bila nak pergi Broga Hill. Sepanjang jalan dari Alor Gajah nak masuk N9 tu...makkk aiiii...berderet orang jual lemang. Pakkal je aku dah masak lauk berbuka siap2. Selain lemang, aku nampak ramai jugak jual anak patung dgn bantal kekabu. Agak2 dalam kereta nak tido selesa, boleh lah benti beli. Area Seremban agak jem sikit lah sebab aku elok smpi Seremban dah jam 6lebih gitu, org dah balik kerja.

Azan maghrib berkumandang masa dah sampai Semenyih. Dalam 2 jam jugakla dari Melaka. Buka simple je dgn kurma dan kek marble dalam kereta dulu. Terima kasih Mama Liza (pengasuh Zarif) yg bekalkan kek marble. 

Ngap ngap ngap...burppp..target berhenti kat KL. Baru mkn besar dan sembahyang.

BELAH KL/Selangor.

Kajang - KL - Sungai Buluh - Kuala Selangor - Sekinchan - Sabak Bernam.

Perut tak lapar sgt sbb dah bedal kek marble sampai separuh bekas haha. Masuk KL baru berhenti makan. Bukan kitorang aje yg bawak turun bakul piknik...rupanya ramai lagi family lain pun buat sama jugak. Berpiknik lah kami kat hentian yang aku lupa nama dia. Tapi hentian ni tutup takde orang berniaga. Walaupun tutup tapi pak guard ada, kerusi meja, lampu dan kipas pun pasang elok.

Dah kenyang makan bekal 'roti daging lapis keju' (nak jugak bgtau kan)...sembahyang Jamak siap2. Dekat sejam berhenti...tulang bontot dah lurus..sengal dah hilang baru sambung perjalanan.

BELAH PERAK.

Sabak Bernam - Hutan Melintang - Setiawan - Pantai Remis - Terong - Changkat Jering - Bagan Serai - Parit Buntar - Butterworth.

Macam jauh je kan? Percayalah...tak pun. Sekentut2 je dah sampai next pekan. Lagi pun dah malam. Senang je cari jalan, signboard clear. Traffic pun alahai...takde gangguan langsung.

Dari Sabak Bernam ni dah dekat jam 10mlm camtu. Tapi jalan sangat meriah ok. Berderet kereta plet luar lalu. Agaknya ramai jugak yg taknak lalu hiway macam aku. Masa ni turn aku drive. Bang Z amek turn membuta kat belakang dgn Zarif.

So far laluan ok, bertemankan geng2 kereta lain. Double lane yg memudahkan, agak malas follow belakang lori (ada la lori sikit2 je), boleh la memotong. Cuma jalan hala ke Setiawan tu agak bumpy sikit...jalan tak rata. Melompat2 aku anak beranak bila langgar jalan tampal tak kemas.

Oh lagi satu aku perasan. Jalan kiri memang lah dah agak rosak, aku suspect ni angkara lori lah kan. Boleh pulak sepanjang jalan tu aku tengok lori kemain duduk lane memotong. Mentang2 la lane memotong masih cantik jalan dia. Ko kemain nak jahanam kan yer? Yg kita geng kereta ni terpaksa lah memotong guna lane kiri. Tak senonoh betul encik lori ni.

Ni nak kena bagi perhatian kat sapa ni ekk? Ok marah nampak..haha..

Kami sampai Butterworth elok dalam 4am camtu. Terusla sahur kat mapley. Disambut hujan lebat mencurah2. Lebat lah macam mana pun, berderet je orang beratur kat mamak. Termasuk kitorang. Hehe. 

BELAH UTARA.

Butterworth - Sungai Petani - Alor Star.

Subuh kat Masjid Bertam. Masa ni hujan lebat lagi. Nikmat wei tidor dalam kereta dalam hujan. Tak nak bangun je rasa. Kepala pun pening2 lalat tak tidor kan. Pakkal je Zarif dah boring menyampah dalam kereta. 8am lebih, paksa celik mata dan sambung journey yg tak sampai berapa jam aje lagi. 

Hujan masih turun, kejap lebat kejap renyai. Driver mau pun passenger asyik request berhenti kat Petronas/Shell...melepas hajat waktu sejuk. Hoii tak boleh tahan.

Pukul 10.30pagi - kitorang pun sampai lah kat Aloq Janggus. Yeay!!!!

Agak jauh sikit dari hiway dan makan masa lama sebab banyak kali berhenti buang air dan isi air. Syok jugak, agak2 haus, cari kedai 24jam..or mapley. Lepas tu bedal kek batik sekali dlm kereta. 

Perghhhhh...ko cakap...nikmat apa yg kau dustakan...bila long journey macam ni...ada bekal kek marble..ada roti daging cheese..ada kek batik  moist...

Ni baru betul..."perjalanan jauhhh tak ku rasaaaaa..."

2 comments:

  1. Aku ikut highway je.. actually risau kalo amik jalan takut anything happen kat aku ngan anak2.. Kalo highway ada PLUS..Lainlah aku kalo aku berempat..jeng jeng jeng... Sanggup amik cuti awal awal awal agar tak tersekat dlm jem.. hehhee

    ReplyDelete
  2. Kalo tak biasa mmg agak scary la lagi2 kalo mlm..tp sbb aku dah plan ahead..dan laki aku setuju...maka berjimba lah kami lalu jln dlm..not bad jugak..hehe

    ReplyDelete