Tuesday, 28 July 2015

Hal Bini Nak Beranak

Sejak dua menjak ni kecoh pulak kat FB, perihal isteri nak beranak.
Ada seorang doktor OnG lelaki melayu yg amat tidak setuju dengan 'homebirth' atau 'gentlebirth'. Dia setuju yg perempuan seharusnya bersalin di hospital sahaja dan diselia hanya oleh medical certified staff. Mungkin ada yg dah baca luahan doktor ni. Aku tertau pun sbb ada org shared dan naik di wall. Aku baca jugak. Ada 3 status setakat entry ni.

Ok kita ketepikan kejap pemahaman apa benda alah 'homebirth', hospitalbirth' or 'gentlebirth' ni. Siapa yg betul, siapa yg salah.

Aku baca status tu as 'neutral' reader. Ada feeling kurang seronok.

SATU.
Status tu nampak penuh dengan kemarahan. Mungkin beliau tulis semasa tengah marah kot. Aku cuba baca setenang2 nya...tapi memang obviously tengah marah. Niat nampak dah betul sbb beliau share benda yg kita kena tahu. Cuma penggunaan perkataan dan cara sharing yang nampak sangat kau tengah marah bang. Aku berperasaan lah kan, bukan patutnya gunalah statement yg murni untuk bacaan umum. Ayat tu biarlah nampak bertenang2. Status kau tu public. Satu kampung baca. Dan kau adalah seorang doktor. Doktor kalau dalam buku atau novel...mesti tambah Tuan kat depan..Tuan Doktor yg disegani. Orang respek. Kannnn...Lainlah kalau tulis blog, contoh macam aku. Takyah nak susun ayat sangat. Aku ni bukan siapa2. Alolololo.

Yg ni aku rasa betul. Aku dulu pernah gak kena tegur, oleh former bos aku kat kilang lama. Dia tegur senyum2 lagi. Sebab aku sejujurnya ada reply satu emel kat sorang engineer module kot. 2-3 ayat aku reply. Hujung tu aku taip...HAPPY? Aku reply masa tengah marah. Reply to all lak to.

Memang nampak sangat la emosi aku kalau reply tengah marah. Buruk rupanya. Sejak tu, aku diajar supaya jangan sesekali ko reply emel ke, sms ke, waktu tengah marah. Kadang tak mean, tapi tau2 jelah tengah hangin kan...orang yg baca akan ada satu persepsi kat kau. Gila tak boleh terima teguran..gila apa meroyan minah ni..gila kerek..dan macam2 gila lagi. Jadiknya reply or tulis apa kau nak waktu ko tengah cool. Aman je. Aku kadang tulis je time amarah memuncak..tapi tak send la. Pastu re-write balik. Rajin.

Jadiknya, berbalik kat status doktor tu tadi. Dah meroyan2 marah macam tu. Kau marah ni kat mak2 yg 3 case ko kena handle tu kan? Ke kau marah kat siapa? Kat doula? Kat semua mak2 buyung dalam dunia? Nampak macam marah semua mak2 lah pada aku, sebab tak beranak kat hospital? PUKUL RATA.

Ok sambung.

DUA.
Kat atas tadi aku sebut dah. PUKUL RATA. Kalau buat kuih raya, kan kita kena aduk rata kan adunan. Pukul rata2. Baru semua kena. Haaa...macam tu la feeling aku. Status amarah tu main pukul rata.

Kau memang tak setuju kalau beranak kat rumah. Alasannya nanti ada risiko ibu-anak. Jadi macam2. Betul. Kau pun bubuh gambar 3 patients, admitted sebab komplikasi lepas homebirth. Camni Tuan Doktor, kalau nak pakai data, ok boleh tapi kau pun kena lah share data kau. Baru compare apple tu apple. Judgement kau kat sini aku rasa tak adil. Nak prove kita betul, kita pun tunjuk la data kita, statistik kita. 

Bukan aku nak kata, mak2 silalah beranak kat rumah ye. NO. Tapi, aku teringin  jugak nak tau, success rate dan fail rate beranak di hospital. Obviously memang Malaysia ni antara negara yang success rate tinggi banding negara lain. Fail rate orang memang kalau boleh nak sorok. Gila tak kan nak share kan? Kang lepas ni mana kita nak beranak. Haha. Tak payah beranak lah kot. Simpan je dalam perut.

Aku ni dah terbiasa sikit2 defect rate, good rate. Kalau fail..out of berapa? Sebab tu report orang akan tulis...3/100..2ppm. Sebab tu aku rasa doktor tu berat sebelah. Yg buruk orang dia share kemain, yg baik takde langsung...dia tambah cerita baik dia (hosp) sahaja...yg buruk lagi lah kan. Lupa...dia tengah marah masa tu.

Ok lagi.

TIGA.
Ada unsur penghinaan sikit. Doktor tu guna perkataan melabel orang seperti.

  • puak2 homebirth/gentlebirth
  • puak2 doula...kata pandai..
Ok honestly, PUAK? 

Menuduh puak2 doula ni menghasut ibu2 supaya beranak di rumah. Doula bukanlah profesional person, bukanlah certified person untuk assist proses kelahiran. Tambah doktor tu lagi, puak doula ni hanya ada diploma aje. DIPLOMA. 2 kali juga disebut diploma tu, nampak macam kan satu penekanan betapa tidak layaknya seorang doula itu dalam proses kelahiran.

Kasihan sungguh puak2 doula ini diperlekehkan. Tidak pula disebut betapa pernah puak doula ni membantu dgn jayanya seterusnya memudahkan kerja2 doktor.

Aku tidak pernah lagi ada doula. Anak pun baru seorang. Kalau di tanya pada ibu2 diluar sana, agaknya kenapa lah ada antara kita begitu menginginkan seorang doula?

Kalau aku, ini antara alasannya, walaupun aku tau, doula tidak lah sehebat para doktor yg ada sijil berkepuk...tapi aku menginginkan doula untuk:


  1. Peneman emosi - tidak semua suami "gagah" ketika kelahiran anak pertama. Kadang tu baru isteri nak meneran, si suami yg lebih dulu pengsan bagai. Harapkan suami, suami gelap mata dulu haha. Doula lah selalu jadik orang kanan paling baik boleh tolong stabilkan emosi kita. Alah, takyah tunggu masa nak beranak sgt, masa last trimester tu mmg doula lah yg byk advice mcm2..takat ni takde pulak doula ajar yg pelik2..dah macam mak2 kita jugak cara diorang ni.
  2. Memang puak doula takde sijil profesional (as claimed by doctor), tapi aku selalu dpt info detail lebih lagi pasal hal beranak ni dari doula banding dari doktor. Ini aku spesifik lah yer, doktor di KKM. Dah hujung trimester, aku giveup dan cari 3rd opinion by looking for OnG di hosp swasta dan doula. Doktor swasta korang tau lah kan macam mana servis dia. Dan doula yg tak berbayar pun sanggup jumpa aku untuk bantu mana terdaya.
  3. Mengandung dan bersalin ni patutnya jadik sesuatu yg 'beautiful' utk kita kan? Aku tak dapat rasa tu setiap kali aku ke KKM. Sumpah...penuh dgn kata yg tak seronok aku dengar. Macamkan aku mengandung ni dah jadik kesalahan besar pulak. WTH! Tapi aku dapat rasa enjoy dan feeling beautiful tu bila aku berjumpa doula dan kwn2 preggy lain yg sama2 boleh sembang hal2 preggy tanpa di marah dan dituduh yg bukan2. Korang tau kan apa yg aku nak sampaikan ni kan??
Walaupun takde ijazah mazah bagai, aku rasa lebih yakin dan emosi pun ok bila dapat belajar dari puak2 doula ni. 

Kalau kita tengok balik sampai hari ni, ada tak korang nampak puak doula ni berkoyan2 reply FB sambil sumpah seranah orang. Takde kan? Aku paling habis nampka pun, diorang cuba betulkan persepsi salah atas tugas doula. Tu pun dgn bahasa yg masih lagi murni. Kalau aku taktaulah...mau berbakul carutan kot. Ngehehe. Tgk cara jawap pun orang boleh tau peribadi seseorang tu.

Aku beranak kan Zarif di hosp dan czer. Bkn di rumah walaupun most of the time aku seek advice dari doula. Sbb apa? Sbb aku takde pulak dengar doula paksa hasut aku suruh beranak kat rumah. Aku cuma diberitahu apa hak aku sebagai ibu dan apa aku boleh buat supaya kelahiran anak aku seperti yg aku dan Bang Z idamkan. 
Even czer, aku anggap kelahiran pertama ni almost seperti yg aku nak. Rasa beautiful tu dapat! Dan semua pilihan atas pilihan kami sendiri dgn support dari doktor.

Kepada Tuan Doktor yg meroyan itu. Jangan terlalu berprasangka buruk. Jadikla seorang doktor yg positip. Tidakla semua puak doula di dunia ini seperti yg Tuan Doktor bayangkan.

Aku tunjukkan post Tuan Doktor tu pada Bang Z tanpa buat apa2 komen. Ini jawap Bang Z.

"Kalau camnilah cara doktor, tak kuasa abg nak hantar bini kat doktor super emo berlagak mcm ni...beranak kat rumah lagi baik"

4 comments:

  1. Nasib baik aku tak beranak dah..hehhhee

    ReplyDelete
  2. haha ko jgn overkonpiden wei...kang sok2 aku ttibe terkena mkn nasik myk kang haru hahahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahhaa... tu hang makan nasi minyak aku waktu umoq aku 50 thn... dah monopouse...kah kah kah :P

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete