Friday, 8 January 2016

"tak dpt penuh, separuh pun xpe..sbb ayah kata nak pakai duit jugak ni nak raya..."

Happy New Year 2016!
Happy happy happy.

FB penuh dengan gambar parents upload kerenah anak masing2 di hari pertama persekolahan. Macam2 ragam :) Ini dah  biasa. Tiap tahun ada.

Yg agak kurang biasa bila aku masih jumpa cerita2 sedih yg cikgu2 share pasal anak murid masing2. Ada yg parents tak mampu bayar segala yuran. Minta tangguh. Ada pelajar yg tak bawa duit nak beli makanan di kantin sbb keluarga susah. Ada yg berkongsi baju sekolah yg sepasang tu dgn abg. 

Aku kata kurang biasa sbb mcm tak sangka lepas era aku sekolah dulu, masih ada lg rakyat Msia yg hidup serba kekurangan. Aku ingat zaman aku kecik2 je aku nampak. Duk canang kata kita dah capai kemiskinan sifar katanya..kata si polan tu lah.

Taknak blame sesiapa sbb kita dah tau jawapan dia kan? Kang sembang hal amanah dan tanggungjawap  ni karang...ada tak memasal aku dpt surat tunjuk sbb karang mcm cikgu tadika sorg tu.

Eh aku kerja kilang pun ada surat tunjuk sbb ke? Ada lah kot. Haha.

Aku dulu kira tergolong family yg tak berapa susah dan tak lah berapa senang. Tak berapa susah sbb ada rumah murah harga RM20k ++ ayah beli utk berlindung. Ada api air dan kelengkapan lain. Juga ada sebijik bas sekolah jenis mini wilayah yg ayah beli kat KL dan jadikan bas sekolah kat tmn kitorg ni. Kira nampak mcm org senang la kan.

Nampak je senang. Dgn aku ngan Angah dah mula sekolah. Adik nak menyusu bagai. Kadang2 tu merasa jugak tak berapa senang.

Sbb nya gini.

Bawak bas sekolah ni kira kerja sendiri. Duit gaji maknanya dtg dari upah bawak anak2 org taman pergi-balik sekolah la. Aku masa ni dah pandai lah sikit sbb dah darjah 4 camtu. Maka dah reti kira2. Kalau ikut kira2 yg ideal, akan nampak yg ayah ni bergaji RM2k/sebulan. Realitinya tak pun. Adalah dlm tak jejak RM1k pun. Utk menanggung 5 mulut ngan beberapa mulut kucing.

Ni lah cabarannya. Dah angkut tapi tak bayar. Rupanya bapak2 budak lain ni pun ada hal lain nak guna duit. Bukan satu kepala je sangkut, kadang berkepala2. Kadang tu sangkut berbulan2.

Aku masih jelas lagi lah smpi skrg. Even aku dah darjah 6 masa tu, walaupun aku berjawatan ketua pengawas (ehem ehem..)..ketua link PBSM la..ketua apa bagai..aku tetap lah jadik student yg akan ckp camni kat cikgu masa pendaftaran..

"cikgu...ayah saya minta tangguh bayar yuran yer..nanti ada duit baru ayah bayar.."

Sampai aku darjah 6 yer. Angah masa tu ketua pengawas petang. Aku taktau la dia ada dialog ni ke tidak haha. Aku dah jadi resam. Dan cikgu pun mengiakan aje. Tak tanya lebih. 

Aku rasa dulu yuran sekolah rendah mungkin tak setinggi sekarang kot..kot..tapi tu lah..kami tetap antara keluarga yg gagal jugak menyediakan duit on time masa daftar. Tapi aku masih bersyukur sbb baju pengawas dan baju sekolah agama petang cukup utk kami adik beradik, duit poket belanja ada..dan Mama akan siapkan bekal lunch.
**sapa suruh jd pengawas..kan kena ada baju lain..kalo tak..baju pagi ngn petang kan sama..hehe

Sebab nak cukupkan yg makan pakai la maka yuran tertangguh. Aku kira untung sgt banding yg lain..ada tu yuran tertangguh, makan pakai pun tak berapa nak ada. Lagi kesian.

Aku taktaulah dulu mcm mana Mama Ayah bergolok gadai nak bagi hidup anak2. Berperang2 jugaklah.

Nanti bila menjelang lepas 2-3 bulan naik sekolah...2-3 mggu sebelum hari raya..aku dgn Angah akan ditugaskan Ayah utk pusing taman collect hutang bas. Sampai camtu sekali.

Ayah tulis note kecik..aku bwk basikal merah cap Singer ngn si Beruang Angah bonceng kat belakang..berpanaslah kitorg pusing taman..ketuk pintu satu2 ikut nama yg Ayah dah tuliskan.

"Assalammualaikum acik..ni ayah ada kasik surat.."

Lps acik tu baca..aku pun sambung.."tak dpt penuh, separuh pun xpe..sbb ayah kata nak pakai duit jugak ni nak raya..."

Gitulah lebih kurang bermulanya ketokohan aku dlm dunia memungut hutang wahahaha.

Honestly, part lps dpt duit ni aku agak sedih sbb dah tau berapa je hasil kutipan yg dpt. Ada yg boleh bayar, ada yg bg separuh aje...ada yg tak bagi langsung...dan mmg ada yg sampai skrg mmg tak berbayor pun. 

Sbb tu aku jadik anak yg tak pandai memintak2 sgt. Dlm hati nak tapi pendam sbb tau kekurangan keluarga.

Aku sarung kasut Pallas yg ada zip zap biasa tu sampai darjah 6 ok.  Bila part zip zap tu koyak benang, dah nampak stokin ko. Tahun 91/92 time darjah 6 tu tgh in trend lak kasut Pallas Twinkle lip lap lip lap. Ko ingat aku tak teringin ke? 

Bila baca yg zmn skrg ni masih ada anak2 yg susah cam zmn kita dulu..aku harap jgnlah jadikan kesusahan tu sebagai satu alasan. Anak org susah atau tak berapa mampu pun masih mampu berjaya. Janji kita ada rasa sedar diri dan nak berubah.

Aku dulu sedih jugak tgk kita takde apa banding kwn yg lain. Tp rupanya dlm sedih2 tu..boleh aja aku dpt 4A UPSR..4 org je time tu score..boleh aja dgn kasut nmpk stokin tu aku wakil syarahan smpi peringkat negeri Johor..dan mcm2 lagi penyertaan yg lain. Pakkal je segala piala aku tu terendam banjir besar 2005/2006 dulu. Kalau tak boleh eksen kat Zarif muahahah.

Ini opinion peribadi aku sendiri..bila kita tau kita bukan anak org senang..nak meminta tu jauh sekali..dan tu pun bukan alasan nak jadi manusia berjaya. Boleh aja sebenarnya.

Sape lah sangka anak pemandu bas sekolah yg yuran asyikla bertangguh sbb kekangan kewangan keluarga pun boleh jadi pelajar terbaik 92 time tu. Sekarang ni dah jadik orang pun.

Bila dah jadik orang ni..aku selalu ingatkan diri..kita dulu bukan senang mana..pandang2 lah orang yg bawah mcm kita dulu. Ada bahagian mereka dlm kesenangan kita hari ni.

Yg terpenting sekali..masa kita susah kecik2 dulu..siapa yg berhempas pulas nak besarkan kita? Haaa..dahtu...tak reti2 nak balas jasa diorang ke?

**aku dapat jugak wei kasut Pallas Twinkle tu masa nak masuk daftar F1 kat Sek. Men Sains Johor. Terharu mak...sob sob.

No comments:

Post a Comment