Friday 15 May 2015

ASTROK Memang Takde Duit Ke?

Hari ni ada menda kelakar jadi. Kelakar gile. Sampai kan mula2 nak gelak pun rasa tak mampu. Tapi ujung2 tadi lepas dpt call...aku tergelak jugakla sebelah assistant aku. Gelak dalam 3 harkat aje.

Selebihnya rasa nak mencarut tapi aku tahan2 kan. Kenang pulak hari ni dah Jumaat. Menjelang weekend janganla kita bikin mood ke laut kan? Lagi pun dulu kita selalu angkat tangan kanan baca ikrar.."kesopanan dan kesusilaan...". Maka, aku kekalkan sifat kesopanan aku ni. 

Macam ni.

Aku dah terminated ASTROK (aku yg yakin dah terminate, ASTROK je tak sudi). Dah lama tak sebulu sejak Zarif lahir lagi. Maknanya rumah aku memang tak ada TV pun. Sikit pun tak jadi masalah. Aman je dunia. 

Yg jadi masalah sebenarnya si ASTROK ni.
Aku request utk terminate ni dah lama, sejak tahun lepas. Mula2 aku deactivated aje, lps tu terus request terminate. Sbb tak ada keperluan pun. Lagi pun memang tak best.

27 Nov 2014.
Request sejak November 2014 lagi.
Yg menjadi ketidakfahaman aku ni, kenapalah susah sgt ASTROK nak lepaskan customer yer?

Aku assumed dah terminated, sbb kalau kita masih melanggan, mesti aku akan terima bil bulanan kan? Ni tak ada pun. Maka betullah anggapan aku dah potong ni. Lega.

Ale2 bulan Mac 2015 camtu, ASTROK ni asyiklah call tak berhenti. Offer macam2 utk upgrade la, offer 3-months free subscription lah. Eh korang ni. Bukan akaun aku dah tak ada ke? 

Takpe, bertenang. Kita emel dan call ASTROK lagi yer.

6 April 2015.
Ok aku emel lagi. ASTROK reply 14 April (kejadah kata akan reply within 48hours).
Dia kata ok dah terminated. Sila la abaikan bil bulan April. Aikk? Ada bil ke?

Sekali betul engkau. Bil pun sampai. Dalam 15hb April gitu. Kena charged RM41.25.
Ni apa hal tiba2 nak charged2 bagai ni? Bila masa aku suruh sambung. Dalam bil, kemain cantik lagi kata 'reconnect' on 30 Mac.

Alahai. Memang dah tak ada nau duit ke macam mana ni?  Sampaikan ko sanggup waive kan connection fee yg RM20 tu. Sungguh aku tak percaya. ASTROK kan kalau kita nk upgrade ke, nak downgrade ke..nak sambung balik ke..mana pernah free kan? Mesti kena ufti punya. 

Tapi kan, bkn bulan Mac hari tu ko call offer free 3-months subscribe ke? kalau free..yg RM41.25 tu ape kejadahnya? Duit kopi ke? Tapi ko faham tak, aku declined offer ko kan? 

Kalau tgk bil...aku taktau la..aku yg tak pandai baca ke...ke memang bil tu macam noharom. Ada 'reconnect charge'..upgrade..switch fee..adjustment...

Apa benda yg ko nak adjust2 ni? Aku tak suruh sikit pun. 

Oleh sbb aku dah pernah baca viral kat FB pasal menderitanya manusia skrg bile nak putuskan hubungan dgn ASTROK, so aku dah prepare ayat se'clear water' punya masa call.

Aku sebut jelas lagi bersuluh (sbb aku tau voice call is recorded)..
"means akaun saya dah terminate kan? saya memang tak ada outstanding balance kan?..dan lepas ni saya tak akan terima bil lagi kan? Statement April ni saya ignore ye"

YA. Jawap ASTROK customer service tu.

15 May 2015.
Dan pagi ini, di pagi Jumaat yg mulia ini. Aku terima sepucuk surat berlogo 'astro huruf kecil warna pink' lagi. Dan di dalamnya, seperti dijangka. Amaun due RM24.30. Must pay by 8/6/2015. Dengan sedikit peringatan manja..

"Please pay your overdue charges immediately to avoid any service interuption"

Dan elok lepas aku emel semula customer care (emel aku sangat panjang...bebel campur komplen campur bagi nasihat)..tak sampai 5minit, ASTROK call aku.

Wah dalam hati. Pantas ko response kan. Mentang2 aku ada letak 1 bullet nasihat suruh fast response. Impress ni.

"cik Masriyana..saya Prakash dr ASTROK customer service..cik Masriyana punya pekej bla bla bla kan..? Cik dengar dulu...kami sekarang ada promosi pekej..movie HD..bla bla akan dapat mini..bla bla.."

Aku senyap je sampaila si Prakash "cik..err cik..macam mana?"

"have u check my account status before you call me"

"errr..1 minute miss...err...ooohhhh...ok..thnx bye"

Macam mana aku tak tergelak kan?
Satu hal...dah terminate tapi dpt bil due.
Satu hal tak ada la usaha nak check customer tp main redah je offer package.

Korang memang tak ada link ke yg tunjuk latest status of your customer..deactivate ke..terminate ke..dah move ke..dah migrate ke..dah mati ke...

So, aku  ni kira masih dlm edah ke hape?


Tolong nyah cepat2 dari kehidupan normal aku.



2 comments:

  1. aku pun dalam proses nak bercerai ngan astrok ni tapi takde kekuatan lagi....bglah aku kekuatan...

    hye mas B...aku komen ye (jun)

    ReplyDelete
  2. hahaha...semoga proses perceraian ko ngn astrok ni lancar selancar2 nya...letih kan nk layan..rase cam nak publish je emel response derang ni..

    haii irjune...muahahahah..

    ReplyDelete