Thursday 21 May 2015

Reunion SMSJ Batch 1997

Rasa macam baru je reunion kat Port Dickson tahun 2013. Ni dah reunion lagi tak sampai 2 tahun. Batch 97 ni jenis senang rindu-rinduan ke ape? Ok macam geli pulak sebut. Haha.

Bukanlah sebab tebal rindu pun, tapi jadi seronok pulak dapat jumpa2.
Sambil sembang face to face. Walhal sembang kat WA or telegram sampai beribu mesej.
Aku jugak yg kena buat summary nanti. Eh. 

Tahun ni, 28 Mac 2015, maka berkumpullah kita2 ni dekat Lotus Desaru. Bagus jugak.
Aku nama aja rakyat Johor sejati. Pernah pergi Desaru? Pernah. Sekali. Masa belum mumaiz. Pergi masa dah matang ni belum lagi. Ni baru nak merasa. 

Gerak dari Melaka dah tengahari. Tengah perjalanan hujan mencurah2. Macam merahmati perjalanan ke Desaru. Gitu. Sebenarnya masa dekat hiway ni, secara logiknya, aku patut dah berselisih dengan Zafuan dan Ben. Kitorang berlumba.

Kat whatsapp berduyun msg masuk ckp aku kat kilometer sekian2. Masa tu, posisi lumba si Zafuan kat depan, kereta aku tengah, Si Ben pulak kat belakang. Tapi tak nampak kereta la. Bawak laju pun tak jumpa, bawak slow lagi lah kan. Last2 jumpa kat Desaru. Bazir kredit je reply whatssapp. Haha. Aku cerita je berlumba. Korang takyah imagine jenis lumba kitorang ni. Lumba virtual aja. 

Sampai Desaru dah nak rembang. Nasib baik family aku sampai dulu dan dah check in. Aku ambik apartment 2 bilik. Parent 1 bilik, aku ambik masterbedroom. Adik2 aku pandai2 lah membawak diri. Tengok bilik ada bunga orkid. Cuma tak ada tuala itik kissing aja. Kalau ada tuala itik tu..mungkin..mungkin. 


Itiknya mana??
Salin kostume, terus masuk kolam. Tak payah banyak cerita. Tak nampak macam pergi reunion lagi kan? Nampak macam bawak anak bujang main celup2. Sabar yer.


Dengan pengasuh no2.




Petang tu ada main bola tampar pantai, jom pergi usha. Dari theme pool nak ke pantai...aduh mak..aku kaki ayam pulak tu. Mana tau jauhhhhhhhh. Malas naik shuttle sebab ingat dekat. Terbakar kalori.

Kalau tengok gambar, semua pemain berdiri tegak aja. Tak ada yg terbang2 macam dalam tv tu yer. Ni level pra-veteran. 

Semua mendongak.


Pandang sepi je bola tu hehe.

Masih tegak berdiri. Cekak pinggang.

Pastu kutip bola. Game ni memang mencabar ok.
Kalau tak gayat, bolehlah naik menda alah bawah ni. Bayar ye, bukan free. RM100. Mahal gila. 



Nak main bola ke nak main ape ni? Cuba cakap bang..

Lotus Desaru ni memang besar ye. Dari apartment nak ke lobby atau tempat makan/pantai memang mencungap kalau berjalan. Shuttle memang ada disediakan. Sila guna dengan sebaik2nya ya.

Pantai Desaru ni memang terkenal sebab kecuraman dia. Tak macam pantai2 lain yg landai. Nak turun ke air kena berhati2. Kalau nak shooting filem Bollywood kat sini memang tak digalakkan lah. 

Lagi satu kat sini pun macam2 ada. Ada fun fair utk kanak2. Bayaran asing lah. Ada retail shop, kalau kebulur nak cari maggi pun ada, pelampung ada, baju dan seluar hawaii pun ada. Harga semestinya mahal. Sebab tu lain kali, dah tau nak berjimba kat pantai, beli lah siap2 pelampung dengan kudapan2 korang tu. 

Dalam 2-3km sebelum sampai Lotus Desaru, memang ada banyak je deretan kedai makan dan kedai baju2. Aku pun beli pelampung Zarif kat sini. Queue nak bayar adalah dalam 30minit. Hehe aku pun beli last minute.

Kat belakang tu dah pantai...masa ni ada wedding reception lagi.

Seafood restaurant. Taktau sedap ke tak. 

Water theme park dia aku suka. Bukan budak2 je yg boleh mandi manda...yg bapak budak pun boleh. Ada banyak gambar2 kat theme park ni, tapi aku rasa tak payah la share. Takut mengundang igauan ngeri kat kawan2 sekolah aku kang. Korang simpan je lah memori tu dalam otak memasing yer. Haha.



Ni pun ramai yg beratur tunggu bawah tempurung gergasi tu. Bila dah penuh...air pun mencurah turun. Kita pun basah. Bang Z nak tunggu. Tak kuasa aku. Ko main je lah air pancut tu sudah.

Maghrib tu, ada buat bacaan Yassin dan tahlil ringkas untuk rakan2 yg dah pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah. 

Malam, dinner dengan tema Hawaii. Menarik jugaklah sebab ramai je yg sporting pakai. Aku recycle je baju zaman bujang. Satu2 benda baru dekat aku...tu haa bunga orkid free. Ben tak habis2 nganjing bunga aku. Jeles kot sebab dia takde telinga nak sangkut bunga. Haha.

Aku dah macam orang baru kahwin ok. Berdua aja. Macam tak biasa pulak (buweekk). Zarif tak ada. Malam tu lepas berendam dia demam pulak. Nasib ada parent dengan adik2 aku tolong jagakan Zarif masa ni. Kalaulah ada tuala itik tu....


Pengantin baru. Bagi can.
Masa kitorang busy cedok makanan yg tak tau dah pinggan yg ke berapa dah, ada selingan persembahan dari artis jemputan. Artis ni menang besar malam tu. Vokal karaoke dia sapu, baju theme pun dia sapu. Apa lagi satu anugerah tak ingat. Kalau ada hadiah duit, memang dah boleh naik haji dah beliau. Tapi penganjur tak bagi duit. Piala iringan je ada. Beliau didapati masih bujang. Kalau berkenan, sila buat2 bersaudara dengan aku ya.


"biarlah bulan bicaraaaa sendiriii.."

Lepas makan main limbo dance. Banyak jugakla kejadian yg tak dijangka berlaku. Contohnya macam kejadian kejatuhan Bagong selepas pusingan ketiga. Disusuli dengan lebih banyak lagi kejatuhan2 peserta malang lain..kesian. Kesan pertambahan lipatan perut. Haha. Sama macam perut aku jugak.


Bagong sebelum detik kejatuhan.
Ajud hensem dan dia tak jatuh macam Bagong. 
Lagipun Ajud pengantin baru. Dia gagah.

Acara seterusnya khas untuk pasangan. Aku ngan Bang Z masuk. Kitorang menang tempat ke-6......dari 6 pasangan. Aku dahla baru lepas makan kek dan kuih dengan penuh bernafsunya, sekali acara pun makan kek. Kek coklat sedap made by Jurang. Aku sengaja kalah sebab nak enjoy makan kek tu kat meja. Betul!

Alahai muka aku.
**pic by Sab.

Nampak tak? Ajud je yg sweet romantika menunduk suap.
Tu namanya pengantin baru yer kawan2.
**pic by Sab.

Puas gila bergelak ketawa. Ketawakan orang, lepas tu orang ketawakan kita. Makanan pun banyak, lebih dari cukup. Sampaikan kambing golek pun berbaki sikit lagi. Memang kitorang ni jenis makan penuh beradap dan berhemah sungguh. Selalu kalau ada kambing golek, yg ni habis dulu. Dapat cium bau je.

Masing2 balik bilik dengan penuh kegembiraan, perut kan penuh. Aku pun tak tunggu dah. Balik terus sebab nak tengok Zarif. Demam nak tumbuh gigi. Kesian pulak. Time berjalan jauh demam pulak. Ini macam ada chance kena repeat Lotus Desaru lagi kang.

Malam tu anak beranak tak dapat tidur lena. Ada benda tak berapa syok nak cerita kat sini. Aku cerita esok pagi nya tu kat budak2 lain. Dah tak boeh tidur tu kita buatlah apa yg patut yer...baca Yassin ke.

Esok pagi masa breakfast baru bawak Zarif sekali. Monyok je muka. Orang sakit gusi. Dapat makan sikit pun dah syukur dah. Tapi lepas makan dgn shoot gambar, kena balik bilik semula. Hantar Zarif..pujuk tidur..mandi kat bathtub..pujuk bapak dia sekali suruh mandi. Eh.

Berkepit je dgn Atok Nenek.
**pic by Sab lagi.
Aku termiss sukaneka. Sampai2 dah last game. Dapatlah merasa tolak hula hoop seround. Tapi kalah. Haha. Nama pun sukaneka. Suka-ane-kalah.

Masa ni pun tak kurang ada je adegan terjelepuk.
Zarif monyok.
Nak kumpul kat tangga ni makan hari jugaklah.
Dulu kecik2 suruh pegi assembly pun susah.
Lagi nak suruh duduk kat tangga macam ni.

Apapun, tahniah untuk team reunion kali ni, led by CEO TM En Redzuan Shah. Semoga en Wan tabah dan tidak kebiruan yer (masa entry ni, en Wan mungkin agak sengsara haha).

Campuran: Ada kru dan ada bukan kru. En Wan yg berkasut biru.
Sesuai lah ko wan..mode membiru haha.
**pic by Sab lagiii.

Remaja je muka sesorang kan?
Yg depan tu bakal besan. Hai besan..ko jgn muntah lak Junad.
Sebelah Junad tu pulak Ratu KLCC.
Yg seluar oren tu Raja Ngeteh. Hehe.

**pic by Sab.
Baju oren tu lah Sab. Tuan punya pic.
Habis dah reunion. Sekejap pulak rasa. Ni yg tak sabar nak tunggu Mr Diva ngan Erhan buat next gathering ni. Mari kita menabung dari sekarang. 

Nama je dah balik rumah masing2. Reunion dah habis. Kat WA + telegram still beribu jugak mesej kan? Semoga persahabatan kita terus terikat hingga ke hujung nyawa.

Jumpa lagi next gathering.
Lawa pulak bila dah duduk elok mcm ni.

No comments:

Post a Comment