Thursday 21 May 2015

Reunion SMSJ Batch 1997

Rasa macam baru je reunion kat Port Dickson tahun 2013. Ni dah reunion lagi tak sampai 2 tahun. Batch 97 ni jenis senang rindu-rinduan ke ape? Ok macam geli pulak sebut. Haha.

Bukanlah sebab tebal rindu pun, tapi jadi seronok pulak dapat jumpa2.
Sambil sembang face to face. Walhal sembang kat WA or telegram sampai beribu mesej.
Aku jugak yg kena buat summary nanti. Eh. 

Tahun ni, 28 Mac 2015, maka berkumpullah kita2 ni dekat Lotus Desaru. Bagus jugak.
Aku nama aja rakyat Johor sejati. Pernah pergi Desaru? Pernah. Sekali. Masa belum mumaiz. Pergi masa dah matang ni belum lagi. Ni baru nak merasa. 

Gerak dari Melaka dah tengahari. Tengah perjalanan hujan mencurah2. Macam merahmati perjalanan ke Desaru. Gitu. Sebenarnya masa dekat hiway ni, secara logiknya, aku patut dah berselisih dengan Zafuan dan Ben. Kitorang berlumba.

Kat whatsapp berduyun msg masuk ckp aku kat kilometer sekian2. Masa tu, posisi lumba si Zafuan kat depan, kereta aku tengah, Si Ben pulak kat belakang. Tapi tak nampak kereta la. Bawak laju pun tak jumpa, bawak slow lagi lah kan. Last2 jumpa kat Desaru. Bazir kredit je reply whatssapp. Haha. Aku cerita je berlumba. Korang takyah imagine jenis lumba kitorang ni. Lumba virtual aja. 

Sampai Desaru dah nak rembang. Nasib baik family aku sampai dulu dan dah check in. Aku ambik apartment 2 bilik. Parent 1 bilik, aku ambik masterbedroom. Adik2 aku pandai2 lah membawak diri. Tengok bilik ada bunga orkid. Cuma tak ada tuala itik kissing aja. Kalau ada tuala itik tu..mungkin..mungkin. 


Itiknya mana??
Salin kostume, terus masuk kolam. Tak payah banyak cerita. Tak nampak macam pergi reunion lagi kan? Nampak macam bawak anak bujang main celup2. Sabar yer.


Dengan pengasuh no2.




Petang tu ada main bola tampar pantai, jom pergi usha. Dari theme pool nak ke pantai...aduh mak..aku kaki ayam pulak tu. Mana tau jauhhhhhhhh. Malas naik shuttle sebab ingat dekat. Terbakar kalori.

Kalau tengok gambar, semua pemain berdiri tegak aja. Tak ada yg terbang2 macam dalam tv tu yer. Ni level pra-veteran. 

Semua mendongak.


Pandang sepi je bola tu hehe.

Masih tegak berdiri. Cekak pinggang.

Pastu kutip bola. Game ni memang mencabar ok.
Kalau tak gayat, bolehlah naik menda alah bawah ni. Bayar ye, bukan free. RM100. Mahal gila. 



Nak main bola ke nak main ape ni? Cuba cakap bang..

Lotus Desaru ni memang besar ye. Dari apartment nak ke lobby atau tempat makan/pantai memang mencungap kalau berjalan. Shuttle memang ada disediakan. Sila guna dengan sebaik2nya ya.

Pantai Desaru ni memang terkenal sebab kecuraman dia. Tak macam pantai2 lain yg landai. Nak turun ke air kena berhati2. Kalau nak shooting filem Bollywood kat sini memang tak digalakkan lah. 

Lagi satu kat sini pun macam2 ada. Ada fun fair utk kanak2. Bayaran asing lah. Ada retail shop, kalau kebulur nak cari maggi pun ada, pelampung ada, baju dan seluar hawaii pun ada. Harga semestinya mahal. Sebab tu lain kali, dah tau nak berjimba kat pantai, beli lah siap2 pelampung dengan kudapan2 korang tu. 

Dalam 2-3km sebelum sampai Lotus Desaru, memang ada banyak je deretan kedai makan dan kedai baju2. Aku pun beli pelampung Zarif kat sini. Queue nak bayar adalah dalam 30minit. Hehe aku pun beli last minute.

Kat belakang tu dah pantai...masa ni ada wedding reception lagi.

Seafood restaurant. Taktau sedap ke tak. 

Water theme park dia aku suka. Bukan budak2 je yg boleh mandi manda...yg bapak budak pun boleh. Ada banyak gambar2 kat theme park ni, tapi aku rasa tak payah la share. Takut mengundang igauan ngeri kat kawan2 sekolah aku kang. Korang simpan je lah memori tu dalam otak memasing yer. Haha.



Ni pun ramai yg beratur tunggu bawah tempurung gergasi tu. Bila dah penuh...air pun mencurah turun. Kita pun basah. Bang Z nak tunggu. Tak kuasa aku. Ko main je lah air pancut tu sudah.

Maghrib tu, ada buat bacaan Yassin dan tahlil ringkas untuk rakan2 yg dah pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah. 

Malam, dinner dengan tema Hawaii. Menarik jugaklah sebab ramai je yg sporting pakai. Aku recycle je baju zaman bujang. Satu2 benda baru dekat aku...tu haa bunga orkid free. Ben tak habis2 nganjing bunga aku. Jeles kot sebab dia takde telinga nak sangkut bunga. Haha.

Aku dah macam orang baru kahwin ok. Berdua aja. Macam tak biasa pulak (buweekk). Zarif tak ada. Malam tu lepas berendam dia demam pulak. Nasib ada parent dengan adik2 aku tolong jagakan Zarif masa ni. Kalaulah ada tuala itik tu....


Pengantin baru. Bagi can.
Masa kitorang busy cedok makanan yg tak tau dah pinggan yg ke berapa dah, ada selingan persembahan dari artis jemputan. Artis ni menang besar malam tu. Vokal karaoke dia sapu, baju theme pun dia sapu. Apa lagi satu anugerah tak ingat. Kalau ada hadiah duit, memang dah boleh naik haji dah beliau. Tapi penganjur tak bagi duit. Piala iringan je ada. Beliau didapati masih bujang. Kalau berkenan, sila buat2 bersaudara dengan aku ya.


"biarlah bulan bicaraaaa sendiriii.."

Lepas makan main limbo dance. Banyak jugakla kejadian yg tak dijangka berlaku. Contohnya macam kejadian kejatuhan Bagong selepas pusingan ketiga. Disusuli dengan lebih banyak lagi kejatuhan2 peserta malang lain..kesian. Kesan pertambahan lipatan perut. Haha. Sama macam perut aku jugak.


Bagong sebelum detik kejatuhan.
Ajud hensem dan dia tak jatuh macam Bagong. 
Lagipun Ajud pengantin baru. Dia gagah.

Acara seterusnya khas untuk pasangan. Aku ngan Bang Z masuk. Kitorang menang tempat ke-6......dari 6 pasangan. Aku dahla baru lepas makan kek dan kuih dengan penuh bernafsunya, sekali acara pun makan kek. Kek coklat sedap made by Jurang. Aku sengaja kalah sebab nak enjoy makan kek tu kat meja. Betul!

Alahai muka aku.
**pic by Sab.

Nampak tak? Ajud je yg sweet romantika menunduk suap.
Tu namanya pengantin baru yer kawan2.
**pic by Sab.

Puas gila bergelak ketawa. Ketawakan orang, lepas tu orang ketawakan kita. Makanan pun banyak, lebih dari cukup. Sampaikan kambing golek pun berbaki sikit lagi. Memang kitorang ni jenis makan penuh beradap dan berhemah sungguh. Selalu kalau ada kambing golek, yg ni habis dulu. Dapat cium bau je.

Masing2 balik bilik dengan penuh kegembiraan, perut kan penuh. Aku pun tak tunggu dah. Balik terus sebab nak tengok Zarif. Demam nak tumbuh gigi. Kesian pulak. Time berjalan jauh demam pulak. Ini macam ada chance kena repeat Lotus Desaru lagi kang.

Malam tu anak beranak tak dapat tidur lena. Ada benda tak berapa syok nak cerita kat sini. Aku cerita esok pagi nya tu kat budak2 lain. Dah tak boeh tidur tu kita buatlah apa yg patut yer...baca Yassin ke.

Esok pagi masa breakfast baru bawak Zarif sekali. Monyok je muka. Orang sakit gusi. Dapat makan sikit pun dah syukur dah. Tapi lepas makan dgn shoot gambar, kena balik bilik semula. Hantar Zarif..pujuk tidur..mandi kat bathtub..pujuk bapak dia sekali suruh mandi. Eh.

Berkepit je dgn Atok Nenek.
**pic by Sab lagi.
Aku termiss sukaneka. Sampai2 dah last game. Dapatlah merasa tolak hula hoop seround. Tapi kalah. Haha. Nama pun sukaneka. Suka-ane-kalah.

Masa ni pun tak kurang ada je adegan terjelepuk.
Zarif monyok.
Nak kumpul kat tangga ni makan hari jugaklah.
Dulu kecik2 suruh pegi assembly pun susah.
Lagi nak suruh duduk kat tangga macam ni.

Apapun, tahniah untuk team reunion kali ni, led by CEO TM En Redzuan Shah. Semoga en Wan tabah dan tidak kebiruan yer (masa entry ni, en Wan mungkin agak sengsara haha).

Campuran: Ada kru dan ada bukan kru. En Wan yg berkasut biru.
Sesuai lah ko wan..mode membiru haha.
**pic by Sab lagiii.

Remaja je muka sesorang kan?
Yg depan tu bakal besan. Hai besan..ko jgn muntah lak Junad.
Sebelah Junad tu pulak Ratu KLCC.
Yg seluar oren tu Raja Ngeteh. Hehe.

**pic by Sab.
Baju oren tu lah Sab. Tuan punya pic.
Habis dah reunion. Sekejap pulak rasa. Ni yg tak sabar nak tunggu Mr Diva ngan Erhan buat next gathering ni. Mari kita menabung dari sekarang. 

Nama je dah balik rumah masing2. Reunion dah habis. Kat WA + telegram still beribu jugak mesej kan? Semoga persahabatan kita terus terikat hingga ke hujung nyawa.

Jumpa lagi next gathering.
Lawa pulak bila dah duduk elok mcm ni.

Friday 15 May 2015

ASTROK Memang Takde Duit Ke?

Hari ni ada menda kelakar jadi. Kelakar gile. Sampai kan mula2 nak gelak pun rasa tak mampu. Tapi ujung2 tadi lepas dpt call...aku tergelak jugakla sebelah assistant aku. Gelak dalam 3 harkat aje.

Selebihnya rasa nak mencarut tapi aku tahan2 kan. Kenang pulak hari ni dah Jumaat. Menjelang weekend janganla kita bikin mood ke laut kan? Lagi pun dulu kita selalu angkat tangan kanan baca ikrar.."kesopanan dan kesusilaan...". Maka, aku kekalkan sifat kesopanan aku ni. 

Macam ni.

Aku dah terminated ASTROK (aku yg yakin dah terminate, ASTROK je tak sudi). Dah lama tak sebulu sejak Zarif lahir lagi. Maknanya rumah aku memang tak ada TV pun. Sikit pun tak jadi masalah. Aman je dunia. 

Yg jadi masalah sebenarnya si ASTROK ni.
Aku request utk terminate ni dah lama, sejak tahun lepas. Mula2 aku deactivated aje, lps tu terus request terminate. Sbb tak ada keperluan pun. Lagi pun memang tak best.

27 Nov 2014.
Request sejak November 2014 lagi.
Yg menjadi ketidakfahaman aku ni, kenapalah susah sgt ASTROK nak lepaskan customer yer?

Aku assumed dah terminated, sbb kalau kita masih melanggan, mesti aku akan terima bil bulanan kan? Ni tak ada pun. Maka betullah anggapan aku dah potong ni. Lega.

Ale2 bulan Mac 2015 camtu, ASTROK ni asyiklah call tak berhenti. Offer macam2 utk upgrade la, offer 3-months free subscription lah. Eh korang ni. Bukan akaun aku dah tak ada ke? 

Takpe, bertenang. Kita emel dan call ASTROK lagi yer.

6 April 2015.
Ok aku emel lagi. ASTROK reply 14 April (kejadah kata akan reply within 48hours).
Dia kata ok dah terminated. Sila la abaikan bil bulan April. Aikk? Ada bil ke?

Sekali betul engkau. Bil pun sampai. Dalam 15hb April gitu. Kena charged RM41.25.
Ni apa hal tiba2 nak charged2 bagai ni? Bila masa aku suruh sambung. Dalam bil, kemain cantik lagi kata 'reconnect' on 30 Mac.

Alahai. Memang dah tak ada nau duit ke macam mana ni?  Sampaikan ko sanggup waive kan connection fee yg RM20 tu. Sungguh aku tak percaya. ASTROK kan kalau kita nk upgrade ke, nak downgrade ke..nak sambung balik ke..mana pernah free kan? Mesti kena ufti punya. 

Tapi kan, bkn bulan Mac hari tu ko call offer free 3-months subscribe ke? kalau free..yg RM41.25 tu ape kejadahnya? Duit kopi ke? Tapi ko faham tak, aku declined offer ko kan? 

Kalau tgk bil...aku taktau la..aku yg tak pandai baca ke...ke memang bil tu macam noharom. Ada 'reconnect charge'..upgrade..switch fee..adjustment...

Apa benda yg ko nak adjust2 ni? Aku tak suruh sikit pun. 

Oleh sbb aku dah pernah baca viral kat FB pasal menderitanya manusia skrg bile nak putuskan hubungan dgn ASTROK, so aku dah prepare ayat se'clear water' punya masa call.

Aku sebut jelas lagi bersuluh (sbb aku tau voice call is recorded)..
"means akaun saya dah terminate kan? saya memang tak ada outstanding balance kan?..dan lepas ni saya tak akan terima bil lagi kan? Statement April ni saya ignore ye"

YA. Jawap ASTROK customer service tu.

15 May 2015.
Dan pagi ini, di pagi Jumaat yg mulia ini. Aku terima sepucuk surat berlogo 'astro huruf kecil warna pink' lagi. Dan di dalamnya, seperti dijangka. Amaun due RM24.30. Must pay by 8/6/2015. Dengan sedikit peringatan manja..

"Please pay your overdue charges immediately to avoid any service interuption"

Dan elok lepas aku emel semula customer care (emel aku sangat panjang...bebel campur komplen campur bagi nasihat)..tak sampai 5minit, ASTROK call aku.

Wah dalam hati. Pantas ko response kan. Mentang2 aku ada letak 1 bullet nasihat suruh fast response. Impress ni.

"cik Masriyana..saya Prakash dr ASTROK customer service..cik Masriyana punya pekej bla bla bla kan..? Cik dengar dulu...kami sekarang ada promosi pekej..movie HD..bla bla akan dapat mini..bla bla.."

Aku senyap je sampaila si Prakash "cik..err cik..macam mana?"

"have u check my account status before you call me"

"errr..1 minute miss...err...ooohhhh...ok..thnx bye"

Macam mana aku tak tergelak kan?
Satu hal...dah terminate tapi dpt bil due.
Satu hal tak ada la usaha nak check customer tp main redah je offer package.

Korang memang tak ada link ke yg tunjuk latest status of your customer..deactivate ke..terminate ke..dah move ke..dah migrate ke..dah mati ke...

So, aku  ni kira masih dlm edah ke hape?


Tolong nyah cepat2 dari kehidupan normal aku.



Wednesday 13 May 2015

Gigi Rebit

Dulu kecik2 org panggil aku arnab.
Dah tua2 ni, masih lagi panggilan yg sama tp upgrade jadik Kak Nab pulak.
Tp tak semua org la panggil gitu. Berani ko tak kenal aku ttibe nak arnab-arnab kan aku. 

Aku mula jadik arnab ni tak silap aku mase umo 4 atau 5 tahun kot. Awal kan?
Sian aku, kalau tak mungkin aku dah jadik model gigi skrg. :)
Sejarah dia mmg jelas aku ingat. Kemain lagi kan.
Eh mestila ingat. Mase kecik dulu byk memori sedih dek arnab aku ni banding memori gumbira.

Kesahnye camni.
Mase tu si Angah Beruang mcm baru dlm 3-4 bulan gitu.
Mama lak tah buat ape kat dapur, dia suruh aku tlg tgk2 kan Angah yg baby tu.
Mama buh Angah dlm buai jenis baring ada jaring yg boleh ayun2 tu. Ape nama ekk?

Aku lak tgh in the mood nk main getah.
Ala getah yg kita sambung2 tu. Tp sbb sorg2 cmne nk lompat? Sape nk pegang?
Dgn ketinggian IQ aku mase tu, aku dptla idea. Getah tu aku sangkut kat kerusi..satu lagi hujung aku suruh Angah pegang (dia pegang sungguh wei).

Pastu aku dgn sonoknye main la lompat2. Setiap lompatan Angah akan gelak mengekek2.
Aku lompat dia ketawa, aku lompat dia ketawa. Eh suke beno.
Bile dia gelak2, aku pon laung kuat2 "Mama...adik ketawa.."
Mcm report la kan..kejap2 aku report lagi "Mama...adik ketawa lg ni.."
Mama bkn respon pon haha. Pastu aku tak benti...melompat aje keja nya.
Sekaliiiiiiii....

Tah camne aku jatuh tertonggeng. Tp sebelum jatuh tu aku dah kasik hentam la lengan kerusi rotan mama. Hentaman yg super kuat dgn gigi depan aku. Kesan kt kerusi rotan tu ada sampai akhir hayat kerusi tu ok. Punye kuat impak maksima dia.

Mase tu aku punye lalak disertai dengan "Mamaaaaaaaaaaa..."

Haha..masa tu baru memecut Mama ke depan. Berdarah byk wei. Aku ingat lagi aku pakai baju jenis Tarzan tu, kaler kuning ada bunga ros. Aku panggil tarzan sbb ujung skirt sebijik tarzan. Korg byg la darah penuh kat baju tarzan aku tu.

Itula permulaan aku sebagai Arnab jadian. Haih!
Gigi depan aku terkedepan (terjongangla!). Mase kat klinik, aku ingat doktor ada kata "takpe puan, nanti dia dah besar boleh pakai besi utk betulkan"
Sedih aku..gigi aku jongang arnab. Lama ke aku kena tggu nak pakai besi?
Gile ok budak 5 tahun dah pikir kecantikan haha.

Masuk tadika Jln Hospital.
Mase ni lom kena ejek2. Agaknya kecik lagi semua kan. Budak zmn dulu umur 6 tahun aku rase murni je perangai kan.

Masuk Darjah 1, Sek Keb Perempuan Bandar Kluang.
Kat sini ada dah drama2 tak best. Antara nya kan. 
Masa darjah 1, bile time Muzik, kitorg akan pergi ke dewan. Sebelah kelas je pon.
Cikgu Muzik tu nama dia Cikgu S*** Su*****. Nama pon bdk darjah 1. Dia punye bising tu Ya Rabbi...aku taktau ape bising nau classmate aku ni. Aku memang tak buat bising. Yg ni aku yakin 100% sbb aku bekas penolong kelas haha. Wei betul wei, aku budak turut perintah punye. Aku duduk elok je kat celahan kawan2 aku yg memekak ni. Tak paham aku amenda la ko nk nyembang kuat2..member duduk sebelah je kot.

Sekali aku dgr..suara cikgu "kamu...sini kamu..."  Sambil tunjuk jari kat area aku ngn muka marah.
Aku wat modoh je la sbb tak rase cam dia panggil aku.
"Kamu la...sini..kamu yg rongak tu..haa kamu"
Rupenye dia panggil aku ok. Aku bkn rongak cikgu, aku jongang rebit je. Apala cikgu ni.
Tp aku maki sedih dlm hati jela. Aku bdk baik kan.

Bile aku ke depan cikgu...cikgu pon amek 4-5keping buku tulis yg kulit coklat tu. Pukkkk hentak atas kepala aku. "Bising yer kamuuuuu...knp kamu bising?"
Dahla panggil aku rongak, tuduh aku bising..mana ko tak sedih kan.
Aku kompiden sampai skrg, aku memang tak bersalah. Kalau yer pon salah, janganla panggil saya rongak2 depan classmate. Jatuhla credibility saya ok. Nak nangis tp malu. Aku simpan nangis bile kat umah.

See...smpi skrg aku ingat tau. 
Sekali cikgu dah panggil rongak, ko agak budak kelas tak join sekali ke panggil rongak. Haha. Bile ingat balik skrg ni, memang kelakor la kan. Kjap2 rongak..kjap2 rebit.

Masuk sek agama petang. Ada classmate lelaki. Oh pagi aku sekolah sume pompan. 
Kat sekolah agama lagila macam noharom je sesekor yg jahat. Bkn nye aku kacau korg pon, tp asekla aku ni di'gigi rebit'kan tak sudah. Sonok sekor2 kot tgk aku mencuka masam lps kena ejek2. Kecik2 dulu down ok kena ejek ngn bdk laki. Dahla jarang berdepan lelaki. Jatuh saham akak ok. Aku siap sumpah lagi. Biar esok ko kawen, bini ko pon gigi rebit. Haha. 

Meja sekolah kan meja kayu...sadis ok tgk ada ukir2 tulis arnab kat meja. Kot ko nak tekel aku, tekel la elok2...eeeee...kalau jln kat kantin pon, nanti ada je umat mana tah.."rebit lalu...rebit lalu.."

Hehe tapikan..ejekla berbakul pon. Ada aku ngadu kat Mama. Tak kuasa. Takut kang Mama pon ejek jugak haha. 

Masuk sek menengah kt SM Sains Johor.
Kat sini aku takde dah feeling2 kena ejek tu. Setakat ejek2 manja adalah. Kadang aku dengar jugak org panggil aku Gigi..Gigi...tp kat sini aku tak rase down pon. Kat sini mcm gaduh2 genre lain. Lain kali aku citer. Kalau pon ada yg panggil rebit belakang aku, sikit pon tak down dah. Aku yakin dgn gigi aku haha. Seyakin aku bawak Zamani Slam dtg sekolah. Tadaaaa...

Skrg ni yg panggil aku Kak Nab hanyalah sahabat2 baik aku aje. Yg ni ko panggil la ape pon. No heart feeling punye. Sbb diorg pon kena panggil dgn nama haiwan memasing jugak. Adil dan saksama. Ada Tuan Ah Yam, ada sang Mondok, En Seladang, Sang Kura, kak Girraffe..si Keldai..hehe.

Masa sekolah menengah, ada la sembang nk pakai ke tak gigi besi tuh, konon nak bagi elok. Aku rase taknak pakai lak. Aku rase elok je pon gigi rebit aku ni, tak mencacatkan diri aku pon (cacat pandangan mata org taktau la kan). Maka, kekal la aku sebagai arnab jadian smpi skrg. 

Kalau budak2 zmn skrg ni kena ejek2...aku harap toksah la main balas2 balik. Agaknya sbb aku tak balas balik kot..tu yg aku rase aman je feeling even kena ejek. Cuma memori dihempuk cikgu tu je aku memang tak boleh buang. 

Ni la kerusi rotan tu..kt tgn kiri tu la aku sangkut getah.
Dan kat situ gakla aku hentam. 

Bkn nampak pon rebit aku ni.
Kalau hadap depan2 nampakla kot.

-Kak Nab-

Tuesday 12 May 2015

Hari Istimewa

Selamat Hari Ibu utk semua ibu2 kat luar sana.
Tak kira la baru sehari je jadi ibu.
Dah year three ke...dah bergelar nenek ke.
We are still a mother to somebody in this world (regardless masih hidup atau sudah meninggal dunia).
Aku percaya setiap dr kita mesti nak jadik ibu yg terbaik utk anak2 kita kan?
Ada ke yg takmo langsung jadik mak yg terbaik? 
Aneh pulak kalo ada..

Except those yg memang jiwa keras la. Silap. Takde jiwa. 
Sanggup campak bayi kat tepi toilet, dlm sungai.
Dera anak..pukul bantai..cucuh puntung rokok.
Tu toksah panggil mak la..tu kita panggil bingai terus.

Ape yg special no duk sambut Hari Ibu..Hari Bapa..?

Mcm2 versi ada. Lain org lain cara. Kan?

Ada yg betul2 sambut dan bawak emak keluar dan celebrate mkn2 sdp kat luar. Bg can kat mak cuti kemas dan masak katanya. Bagus gak. Dpt mak kita rehat. Dlm setahun ada 365 hari. Maka masa hari ibu la mak dpt off day. Pakai cun2, anak dan suami treat di luar. Lebih best kalau ada hadiah iringan mcm spa treat ke, manicure/pedicure ke..

Ada yg tak mampu mewah2 sambut di luar tapi cukup dgn sebijik kek kedai Milky tepi bank Muamalat tu, siap tulis Happy Mothers Day, bubuh lilin satu. Pastu mkn beramai2 kat rumah. Ini pon bagus jugak kan. Snap gambar 2-3 keping buat kenangan. Snap je la, cuci nye tak.

Ada juga yg cukup sekadar ucapan kat telefon, sbb jarak memisahkan. Sambil malu2 sebut "mak..I luv u.."
Hehe..percayalah emak kembang setaman even sekadar ucapan. Ini pon bagus jugak. Nak sebut syg emak selalu kang emak kata merepek. Maka, amekla kesempatan sempena hari istimewa, baru ucap ILU kt emak.

Ada pulak yg jenis wish kasih syg kat emak kat public; wish kat FB or tweeter. Kemain besar buh gambar emak. Sebelah lagi gambar emak mertua. "syg kedua2 emak sy ni..slmt hari ibu emak...muahciked.." Yg ni pon murni juga, cuma kadang tu tak mampu paham camne la emak korg boleh tau korg wish yer..sedangkan emak2 kita ni akaun FB pon takde. Yg ada mungkin akaun Tabung Haji ajo. Or maybe bersangka baik, memang dah wish by call, tapi masih mau share wish di FB, supaya sekelian alam tau yg kita syg emak. Kalau tak upload, nanti dikata tak syg emak pula. Gitu.

Ada org tanya kat aku. Ko tak sambut ke hari ibu? 
Aku tanya dia balik. Apesal ek ko tanya gitu?
Wall ko takde pon upload gambar muah2 emak ko.
Hehe. Pesal tu ke.

Sbb tu aku kata, lain org lain cara.
Cara aku mungkin kuno sikit..bergantung. Sama mcm celebrate birthday.
Kalau mase hari istimewa tu kita berjauhan, cukupla call aje.
Kalau mase tu kebetulan memang ada berdekatan, bolehla nk celebrate extra sikit, mkn besar ngn kek cheese ke. 
Tapi yg selalu cara sambutan aku ni bergantung byk kt tebal poket. Kalau tebal, molek sikitla sambutan, kalau tak berapa tebal, modal wish air liur aje la haha.

Yg pasti aku memang bkn spesis wish kt FB ni. Sbb aku memang tak reti nau, terasa agak plastik lak upload semata2...tp tujuan asal tak sampai pon..haha..kan?? Nanti kalau emak2 aku dah ada FB, baru aku tag diorang.

Ada org langsung tak wish pon kat emak. Adakah bermaksud derang ni tak syg emak?

Kdg2 aku rase kelakar jugak ngn mentaliti kita ni. 
Agaknya dah selalu nau dimomokkan ngn update kat virtual internet.
Majority guna FB/tweeter utk share feeling. Kejap2 I lap u. Kejap2 I miss u, kejap2 I hate u.
Bile tak buat, nampak mcm ko pelik. 
Ke korg tak pernah dengar private msg, sms, voice call.

So, cara korg lak camne? Ada tak sangkut yg aku mention kat atas tu.

Okla taknak kalah, aku pon dpt gak ni ha bunga hari ibu hehe.
Tp bkn hubby yg bg pon, kwn opis bg.
Sweet kan.
Bang z bg ucapan je. Tu pon melalui Zarif. 

Friday 8 May 2015

Casa Lagenda, Halal Chinese Cuisine in Melaka

2 hari lps tekak ttibe nk mkn chinese food. Google carik western asalnye, boleh pulak tertuko niat di saat akhir. Dasar kuat mkn haha.

Lokasi dah tau, cuma belum pernah nampak.
Senang je nak jumpa, pergi je Big Aeon Jusco Melaka tu, dpn Jusco kan ada byk bgnn Taman 1 Lagenda kan. Sila la pusing situ.

Casa Lagenda ni sederet dgn JW Boutique Hotel. Kalau rase fail cari. Berhenti je kat Jusco tu, pastu sile carik RHB Bank - JW Boutique - Zawara. Ni sume landmark besar gajah punye. Pasti akan jumpa.


Lawa kan building dia..dia amek 2 belah sekali.
 Bang Z nyempat la pusing kiri kanan Casa Lagenda ni, bgnn sebelah tu kosong lagi. Perghhh sewa sebulan RM5k. Baru berangan konon nk meniaga. Tinggal harapan la haha. Poket asek berlobang je ni.

Kwsn mkn dia bersih dan luas, kami 2nd customer. Waktu operasi lunch hour ngn dinner. Dinner start 5.30pm, ptt la org lom ramai.

Meja ada pelbagai saiz, byk kerusi baby, toilet bersih...waima tmpt cuci tgn pon cantik. Zarif siap nk sauk2 bunga perhiasan dia. Surau pon ada jugak. Tak sempat snap ape2..Zarif ngamuk nak berjalan satu kedai. Terpaksa pujuk pakai ABC kat fon. 



Taktau bile mula operated, kt template tulis "Dibuka skrg"
Skrg bile tu ntahla.

Finally behave lps kena suap



Kalau tengok menu mmg rambang, mcm2 jenis makanan ada. Utk per person mcm nasi goreng, mi goreng, mihun bagai sampaila lauk2 beraneka jenis haiwan mcm ayam, itik (eh ada ke?), fish, prawn, sotong. Saiz lauk pulak ada saiz S, M and L. Sile order ikut kemampuan ek.

Kitorg order 4 lauk semuanya bersaiz S yer tuan2 dan puan2.
  • Shark fin soup RM10 - bang Z kata bkn fin betul kot..tahla aku korek2 tak kenal pon mana tah shark fin dia. Agak pedas.
  • Prawn butter RM18 - yg ni sdp ikut tekak aku sbb shark fin aku tak suke nau.
  • Fried chicken in milk butter RM12 - pon sedap, licin milk butter tu.
  • Baby kailan - standard la sdp aje. Price lupa.



Air epal mummy dia yg sebat.
So far, kami rase puas hati sbb harga dia boleh la utk kita rakyat marhaen ni. Kalo compare ngn Chinese food pot lain rasenye mau lagi mahal dr pot ni.

Recommended utk sape2 yg nak cuba halal chinese cuisine ni.


CASA LAGENDA MELAKA

Chinese Muslim Cuisine
No 9 & 11, Jalan Lagenda 3,
Tmn 1 Lagenda, 75400 Melaka.
06-288 0328

Short Trip to Umang-umang Chalet, Melaka.

Menda dah basi..
Takperla..
Kita share aje and review.

Alkisahnya saje ambik cuti on year end 2014 aritu. (perghhh lama beno dah)
Nak feeling cuti tapi ongkos kurang, so kita jln2 dekat ajelah. Tah pa pe kan. Nak jugak!

Google punye google.
Jumpa satu pot otw to Port Dickson.
Umang-umang Chalet.
Kira dr Melaka lalu jln dlm ke PD...akan nmpk byk pot best tepi laut.
Pantai takdela besar mana..tp cukupla utk melepak lepas gian.


TANJUNG BIDARA

Dlm perjalanan (yg x sampai 40min pon dr rumah aku), nmpk lak signboard Tjg Bidara.
Lama gila kot x dtg sini dr zmn kanak2 dulu. So kitorg pon singgah la.
Jgn tidak org kata kan.
Ms smpi tu dlm kol 11pg, org tak ramai pon.
Geng2 permotoran ramaila..melambak mcm2 jenis motor RXZ, EX5 plate JDT dtg.
Amboiii jauh korg mandi ekkk?





Eksyen je lebih..bkn duduk pon..
Kira okla pantai ni..tidakla terlalu curam kalo nk mandi manda. Puas amek pic, sambung gerak balik..ke Umang2 Chalet.

Oh sekali nmpk Balai Cerap Al-Khawarizmi lps kua Tjg Bidara, singgah sekali la alang2 kan. Rupanya kat sini, kita boleh masuk utk tgk2 bilik pameran (byrn masuk x silap RM5). mase kitorg g tu, dah tutup waktu tghr kot. Xpela..ada alasan lain nk pegi (pegike? Hehe).

Biar mummy lak dokong..

UMANG-UMANG CHALET

Senang je nak cari chalet ni, kalau korg pernah dengar "Desa Balqis", chalet ni dlm seminit dua lps kan Desa Balqis. Terletak di tepi pantai Kuala Sg Linggi, Melaka. Senang ckp lalu jln dalam nk ke Port Dickson la dari Melaka. Akan jumpa ALAM (akademi laut msia).

Mengadap Laut Selat Melaka nan luas terbentang, Umang-Umang Chalet hanya 10 km dari pantai popular Pengkalan Balak. Juga hanya 20km dari pantai peranginan terkenal Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan. Ayat skema ni aku copy paste. Haha.

Jln masuk dia mmg agak kecik dan lalu laluan kelapa sawit tanah merah (haha nmpk cam x best kan?)...takpe...teruskan aje perjlnn dlm x smpi 1km, nnt jupe la entrance Umang2 ni.

Kami duduk bilik standard rate RM120/nite. Dlm tu ada la tv (local chanel), 1 katil queen and toilet. Boleh la. Dia ada byk jenis bilik. Kalau rase nk betul2 tdo bertemankan bunyik ombak laut, sile lah tempah chalet hadap ke laut.


1st time Zarif cecah air laut..
Ssh bdk terlebih pembersih ni..kena pasir pon sebok suruh mak dia buang..alahai..

Ko tgk, gaya kalah bdk umo 2 taun ok..gaya kena ada! Jln pon tatih lg..



Lunch kat sini takde ms tu, kitorg pon tersampai awal no. So, keluar balik hala ke PD, mkn je gerai tepi jln. Pergh jupe kedai mkn sempoi, murah dan sedap. Ayam goreng RM3 seketul tp saiz mcm ayam bina bdn. Pelagi, tapau lg 2 ketul, buat mkn tepi laut pulak.

Umang2 Chalet ni agak sesuai la kalo nak gather in big group. Ada big hall..bilik byk..ada padang permainan (sesuai kalo ada kids)...adala satu reban ayam dan burung hantu buat skodeng2..haha..

Pagi2 dah pijak pasir lg. Suke Zarif..

Muka ceria je kan...padahal x mandi lagi..Muahahha..
Kata bercoti...




In overall, short trip ke Umang2 Chalet ni agak menghiburkan jugakla utk kami. Tempat pon ok. Kalo dpt duduk Desa Balqis takut taknak balik kang. 

Ni link Umang2...kot ada yg teringin nk melepak sehari dua kan..
Owner dia en Zaidi ngn wife...sgt mesra orgnye.
Kitorg komplen bilik aircond tak sejuk, immediately dpt tukar.
Camni la...baru customer suke.